Sabtu lepas kak ipar ada trip kelab oku pergi pulau tioman dia minta el tolong jagakan anak dia sofea dan saufi. Sofea saufi tidur rumah el dari hari sabtu sampai la isnin mak dia balik. Sabtu pagi tu abang el hantar dia orang kat rumah el lepas tu bawa dia orang pergi Sunway Pyramid sebab ada nak ambil oter seluar kat kedai alter kat tingkat bawah pyramid tu.
Lepas amik seluar bawa sofea saufi pergi minum chocolate shake kat Baskin Robbins. Then shopping nail polish kat body shop untuk sofea, el ada dapat voucer kalau tak guna sayang la so beli kan dia nail polish..bukan main suka lagi sofea. Lepas tu jalan-jalan masuk kedai Fossil sajer tengok handbag lagi pun el memang tengah nak cari beg, aduhai lawa nya new season collection dia.. el suka handbag yang vickery shoulder beg tu dia ada 2 tone color brown. Harga boleh tahan juga tapi sayang ada satu je kat butik Fossil tu.
Hari ahad pula sebelum balik port dickson husband el singgah ioi city mall sajer bawa budak-budak jalan. Sempat la singgah book store belikan sofea buku and alatan mewarna saufi. Then makan dessert dekat magnum cafe, bukan main excited lagi saufi tengok ice cream orang sebelah sampai terjelir la lidah dia ahaksss.. akak sebelah tu kata sabar yea dik cian dia lapar tengok anak akak tu makan ice cream hehehe..
El ada dapat vaucer untuk setiap bulan baskin robbins ada promotion lain-lain untuk setiap bulan. Bulan Ogos punya buy one shake and get 1 free jadi el gunalah vaucer promotion untuk bulan Ogos. Bulan September tak tengok lagi ada vaucer promotion apa hehe sebab selalunya husband el yang simpan dalam wallet dia
Bukan main nikmat lagi mereka berdua ni minum shake kan hahaha..
Sementara tunggu kakak dia oder monster ice cream sempat lagi saufi naik kereta batman kat kedai mana ntah ni..
Sementara tunggu kakak dia oder monster ice cream sempat lagi saufi naik kereta batman kat kedai mana ntah ni..
Sebelum balik sempat lagi belikan monster ice cream untuk sofea. Ingat kan nak guna resit dapat discount 20% tu tapi terlepas sudah time dia dari pukul 10am - 1pm aduhaiiii. Setiap pembelian dia akan cop kat resit for next purchase dapat less 20% tak pelah nanti next time pergi kita guna kan..dah ada dua resit for less tu haishhh
Ini cerita hari ahad bawa kids makan kat magnum cafe ioi city mall
Inilah dia magnum triple choc cookie skillet yummyyyy!
Thank you for reading this entry !