el

el

Tuesday, June 24, 2014

Ct Mia Birthday

Hari ini birthday Siti Salmiah "nama glamour Ct Mia" ekeke.. el dan kawan-kawan office buat surprise untuk dia. Terkezut makjemah tau tetiba ada ramai-ramai orang datang sambil nyanyi lagu happy birthday to you sekali dengan kek yang dah siap di pasang lilin. Ct dengan muka terkejut sambil potong kek tangan pun menggegil-gegil tau.. dah rupe macam orang nak bernikah pulak ahaha. Agak nya dia macam tak sangka kan.. pastu semua orang tertumpu kat dia tu yang nervous gitew..
 
 Selamat hari lahir ct mia yang ke 29..
 
 dari kiri kak ina, kak liza, nuraein sabitah, hafiy, shima, faten dan ct mia ;) antara yang telah menjayakan surprise birthday cake @@
 
 Ayu gitew birthday girl kita ni kan.. ??
 

 Sesi memotong dan memberi kek..
 
 Bukan main besar lagi ct mia buka mulut.. maklum la birthday girl ada orang tolong suap kan.. ehehe
 
 Ct mia dengan kakak kesayangan dia kak ina..
 

 Faten dan ct mia.. peace yoooo
 
 Nasib baik sempat snap pic el dengan ct mia.. thankyou faten ngeee..
 
 
 

Monday, June 23, 2014

Hokkaido Cake

U all masih ingat lagi tak masa el operation gigi ?? masa tu kan ada kawan el yang datang melawat bawa Osaka cake.. hah ni yang nak citer my friend tu Intan ada kawan yang buka bakery. Dia ada baking cake yang sama sedap macam tu tapi nama nya Hokkaido Cake.. memang sedap dan lembut je, bahagian tengah tu ada macam cream custard. Kalau letak dalam peti sejuk lagi sedap, lembut dan sejuk.. memang best.
 
So, baru-baru ni husband el adalah oder 5 kotak untuk bagi kat office.. 1 pcs tu RM 1.30 jer, dalam satu kotak ada 16 pcs. Ramai kawan office husband kata sedap.. ada yang nak oder bole terus contact number kat kotak tu yea.
 




Untuk oder boleh contact number seperti di atas..
 
FB : nazarah Abd Aziz
 
 
 

 

Dalila 29th Birthday

Semalam birthday dalila yang ke 29.. tahun depan nampak nye dia dah masuk 30's series lah ehehehe rasa macam dah tua pulak kan dan masuk sama geng dengan el :p  Moga-moga dia cepat bertemu jodoh yang baik. Biasa nya bila sambut birthday ni, family el akan pergi makan-makan dan cake mesti wajib ada. Kita orang lunch kat Buna CafĂ©.. makanan thai bertempat di Kelana Jaya. Sebenar nya banyak lagi lauk tapi el tak sempat nak amik semua gambar.. ada tomyam, kankung belancan, butter prawan dan daging black pepper.
 


 Yang ini memang favourite el.. pulut manga !! yummy
 
 Mula-mula nak potong cake kat sini tapi tak jadi lah.. better blow candle kat umah sebab sofea dan saufi pun ada lagi meriah kan..
 

 Birthday girl with Sofea and Saufi.. saufi tu pantang nampak lilin mesti nak tiup ekeke..
 


Main geletek2 dengan papamie..
 

Sunday, June 15, 2014

Selamat Hari Bapa

Selamat hari bapa kepada bapa-bapa semua.. sebenarnya hari-hari kita kena ingat ibu dan ayah betul tak ?? tanpa mereka tiada lah kita di dunia ni. Semoga pa diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, murah rezeki dan sentiasa bahagia. Hari ini tak dapat nak celebrate hari bapa sebab gigi belum ok lagi dan gusi masih bengkak.. tak dapat nak pegi makan-makan macam selalu. Present pun tak sempat nak beli. Tak apalah nanti el dah sihat kita pegi makan okey pa.. hehehe. Present nanti el akan bagi kemudian.. yang penting ingatan kita pada mereka ;)



my dear dad Shariffin :)

My Girlfriend Datang Melawat

It's was yesterday.. Nurul and Intan datang melawat el di rumah lepas buat minor surgery.. susah-susah je dia orang ni datang melawat siap bawa macam-macam. Nurul bagi el pati ikan haruan and Intan pula give me a very delicious soft osaka cake. Dari petang dia orang datang sampai malam kita orang berborak.. really having great and fun time chatting with them..

 A gift from nurul and intan..

  Lepas melawat, kita orang dinner kat luar sekali dengan husband..
 
 dia orang ni memang kaki posing jer huhuhu.. tak sah kalau tak selfie.. aduiiii

 
 Posing ala2 cover pipi sebelah bengkak.. pandai kan diorang nih.. ehehe





  Credit to intan for this candid picture.. look nice ;p
 

Wednesday, June 11, 2014

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu

Nak tunggu tiba nya hari ini memang mendebarkan.. seram seriau di buat nya okey !! mana tak nya pagi ni kene buat minor surgery untuk remove gigi bongsu yang dah berlubang, sebelum sakit baik kita buang dulu kan ?? hahaha.. kalau setakat cabut biasa tu el tak takut sangat ni bila dengar jer kene operate dah macam-macam terbayang dalam fikiran ni huhuhu.. gamble jer nih, lambat atau cepat kena juga buang gigi tu nanti dah tinggal tunggul lagi susah nak operate kan ??

Pagi ni tepat pukul 10.00 pagi temujanji dengan dentist untuk operate. El memilih untuk buat di Klinik Gigi Joon dekat Taipan USJ sebab ada kawan office yang pernah buat kat Klinik ni.. dia kata memang ok so el pun cuba la. Doktor nye perempuan indian sangat friendly. Sebelum mula operation doktor tu x-ray gigi el dulu untuk tengok kedudukan akar tu macam mane.. dah x-ray plak tengok-tengok akar nye melintang.. dah seram tengok ni mesti susah nak operate takut kene potong gusi tu banyakdan banyaklah yang kena jahit auwwww..

Doktor terus bagi injection bius dan suruh tunggu kat luar kejap bagi mulut tu kebas betul-betul. Lepas beberapa minit dah di panggil masuk untuk mula kan operation. Doktor tanya nak tutup mata ke atau biar je.. el pun bagi tahu doctor tutup la.. kalau tak tutup kang mata ni nak jer tengok ape benda yang di godek2 dalam mulut tu ngeeee.. seram baik tutup terus mata ni biar tak nampak tapi cuma dengar macam2 bunyi. Bunyi macam drill la menggerudi gigi ku ini !! pastu plak dengar macam gigi tu di patah kan.. then rasa macam doktor tu dok tekan2 gigi. Tetiba jer doktor tu kata dah cabut.. lega rasa nya. Tapi yang paling lama part bunyi drill tu lah. Lepas tu rasa macam ada benang kat bibir mulut.. hurmmm ni mesti sesi menjahit ehehe.

 Doktor tu explain bagitahu yang dia kena pecah kan gigi tu dan kemudian baru boleh keluar kan akar gigi yang bercantum tu dalam kedudukan melintang..

Ini gambar lepas operate.. dapat lah 2 -3 jahitan..

Klinik gigi yang el pergi kat taipan..

Doktor cakap lepas operate ni bole makan macam biasa.. biar betul doktor ni, takut la !! cuma dia kate kena makan makanan yang sejuk jangan yang panas2. Makan lah ice cream untuk beku kan darah. El banyak juga darah sampai petang tadi baru kurang sikit. Dah malam ni macam dah tak ada plak. Kalau korang nak tahu lepas habis je ubat bius tu cuma rasa sengal-sengal kat dalam mulut ni pipi pun dah mula bengkak.. so kena banyak kali juga tuam dengan ice. 2 hari tuam ice dan 2 hari lagi dah bole tuam dengan air suam. Doktor bagi 3 hari MC dapat lah rest lama sikit sampai sabtu ahad ni dah 5 hari rehat. Hopefully bengkak dan luka ni cepat sembuh.. terima kasih juga pada kawan-kawan yang banyak bagi support dan kata-kata semangat !! ( shima, amin, fatin, aein, sue, kak liza, ct mia, intan, nurul, aida mustar dan k.ija ) luv you all so much !! ^___^



Tuesday, June 10, 2014

Weekend Hangout With Sofea

Sekarang ni kan dah mula musim cuti sekolah, biasa nya time2 cuti sekolah ni Sofea akan duduk kat rumah nenek subang.. hari Sabtu dan Ahad dia selalu nya akan tido kat umah el. Weekend yang lepas hari sabtu bawa Sofea pegi swimming kat 3K tempat yang biasa el bawa dia. kali ni dia dapat kawan baru.. nama ye liz, sweet sangat budak Chinese tu sebab ada tahi lalat kat mulut ehehehe... liz tua setahun je dari Sofea.. umur Liz 10 tahun and Sofea 9 tahun. Bukan main seronok lagi dia orang main terjun2 kolam ;)
 
Malam plak Movie time.. bawa sofea pegi tengok citer Godzilla, dia yang pilih sendiri nak tengok movie ape.. ngeee kecik2 lagi dah pandai kan. Pastu kan biasa ada iklan2 sebelum movie.. banyak betul citer yang dia nak tengok.. kata sofea 'mamaja nanti sofea nak tengok citer ni tau pastu jap lagi citer ni pun nak tengok'.. berapa banyak movie da nak tengok aduiiii. Ingat lagi masa 1st time bawa dia tengok movie Rio 2 3D best gila sofea cakap.. wahhh pokok tu timbul la.. wahhh burung tu pun timbul la nampak macam betul kate nye, suka betul dia tengok 3D tu ;)
 
 
Hari Ahad lepas balik Port Dickson  bawa la sekali Sofea.. habis batt hp papamie dia asyik main game. Dah bosan tahap gaban la tu ;p  tengok la tu dah macam2 posisi dia duduk ahaha..
 
 
 
Malam tadi pula bawa Sofea pegi dinner kat Thai Thai.. minta dengan pelayan tu kurang kan pedas tomyam seafood yang el oder, tapi bila sampai rasa pedas gila tak macam biasa maybe sebab cili tu pedas kot.. takut sofea tak makan plak sebab dia memang tak tahan pedas. el suruh dia letak sikit je kat nasi pastu dia makan kate sedap tapi pedas.. ala cian dia tapi nasib baik ada juga oder ayam pandan so at least ada la yang dia boleh makan..