el

el
Showing posts with label Cat. Show all posts
Showing posts with label Cat. Show all posts

Saturday, July 5, 2014

Tokin Yang Hilang Telah Kembali

Dah hampir seminggu Tokin tak balik, last sebelum el ke Langkawi tu adalah jumpa dan main dengan dia kejap. Mak el call el di Langkawi kata nya tokin dah tak balik beberapa hari dah takut ada orang culik dia atau pun kena langgar kereta itu yang mak el risau kan.

Tiba-tiba hari Isnin yang lepas adik el whatsapp el gambar tokin yang dah balik dengan bawah mulut dia hancur.. terkejut tengok dan sedih sangat tengok tokin dalam keadaan macam tu. Mak el call pagi tu bagitahu yang dia nak bawa tokin pergi hospital veterina kat serdang. Petang tu mak el bagitahu yang tokin kena masuk wad, doc tu nak cuci luka kat bawah mulut dia.. ada lebih kurang 100 ekor ulat yang keluar dari luka dia. Then doc bagitahu mulut dia kena operate nak structure balik.

Hari khamis yang lepas pada 3 July tokin kena operate.. hari Jumaat mak dan ayah el datang melawat dia. Cian tengok dia, ayah el bagitahu yang dia nak makan tapi tak jadi sebab ada kon yang di letak kan kat leher dia.. mesti dia lapar nak makan tapi apa kan daya mulut dia mesti sakit lagi baru operate dan ada kon plak kat leher tu kan ;(



Ini masa tokin baru balik dengan keadaan mulut dia hancur.. cian nye dia ;(

 

Masa ini tokin baru lepas kena operate.. cian tengok dia dak kurus jer.

 

Semoga cepat sembuh dan sihat kembali yea tokin.. sesungguh nya tokin ni kucing yang sangat kuat dapat mengharungi semua ini.

 
Tokin masa sihat nya.. comel je dia, cian dia ;( rasa nak nangis lahhhhh.. huaaaa






Monday, April 7, 2014

MARU, TOKIN & SNOWY

Sabtu petang hari tu saja lepak-lepak denga kucing kat rumah mak el. Lama bebenor tak bermanja dengan kucing-kucing kesayangan.. dah besar panjang dah dia orang.. hahaha orang kah?? yang tokin ni memang manja sangat2 kalau nampak je orang mesti nak gesek2 kat kaki sampai dia bergolek-golek lah. Yang maru ni dulu tak manja sangat tapi ntah nape sekarang ni manja plak dia sampai panjat atas riba nak duduk.
 
Snowy ni pulak mak el ambil kucing ni kat balakang rumah kira macam kucing terbiar la. Masa dia kecik2 abis satu badan kurap2.. abis berjangkit dengan semua kucing kat umah mak el. Dah satu keje plak my mum nak kena sapu ubat kurap kat semua kucing. Alhamdullilah sekarang ni dah elok pun.. bulu pun dah cantik. Masa dia kecik memang garang gila kalau orang pergi dekat kena cakar pastu wat bunyi 'argghh' alah bunyi kucing marah tu ahaha.. maklum la kucing liar kan tak ada orang belai. Sekarang ni dah besar sikit dah manja si snowy ni, comel plak tu. Kalau korang tengok maru dengan si snowy ni dah macam adik beradik sebab warna bulu mereka seakan2 sama.. muka pun lebih kurang je.
 
 My maru kucing kesayangan el..
 

 Tokin yang manja.. lepak-lepak sebab kat luar hujan masa tu.
 


 Ini lah favourite spot si tokin.. abis semua pokok-pokok mak el rosak gara-gara kucing suka duduk atas pokok.
 
Yang ini lah snowy.. tomel tak?? gebu gebas je kan. Jom jalan-jalan naik wagen oren ayah 'kate snowy' ehehehe.
 

Monday, August 19, 2013

Sepetang Choco & Nemo


Hujung minggu bersama kucing kesayangan.. sepetang bersama Choco dan nemo. Choco terus panjat tembok dinding sambil santai jer dia duduk atas tu.. yang nemo pulak naik atas kete sambil lepak-lepas hahaha.. cute sangat!!
 
 
 
 

Tuesday, October 30, 2012

Kiki Kucing Yatim

Kisah kucing yatim piatu yang mak nye secara tidak sengaja dilanggar oleh adik I semasa hendak reverse kereta ke luar dari car posh. Sedih sangat sampai sekarang pun I masih rindu pada Lulu (mak nya). Anak kucing nih baru je berusia seminggu dah kehilangan kasih sayang dan susu ibu nya. I still ingat lagi, my mum yang selalu bagi susu botol pada anak kucing nih. Dah besar dah Kiki nie kalau dikira2 usia nya dah 4 bulan lebey dah. Comel sangat dan bila dah besar ni memang aktif berlari kesana sini, meloncat dari sofa ke sofa hah! Memang tahap ganas gila la kucing ni.Tapi Kiki nih dah berubah bila my mum adopted ada lagi 2 ekor kucing dari belakang rumah ( anak kucing yang asyik jatuh dalam longkang jer ). Kiki dah jadi baik dan tak de la seganas dulu2.

 Masa usia baru seminggu (dulu).

 Masa nie dah buka mata.
 Di susu kan oleh my mum.
 Semakin membesar.
Dah besar ( sekarang ) comei lotey kann..

 Ini lah si comot (nama sebenar Choc) kucing angkat baru my mum.


Kuat makan dia nih. Kalau time makan abis dia tutup makanan dengan tangan nya, tak bagi kucing lain makan makanan dia. So tamak!

Tuesday, June 12, 2012

Lulu dalam kenangan...

Assalammualaikum,

Pada 8 Jun 2012 lalu, Lulu kucing kesayangan keluargaku telah meninggal kan kami. Usia nya telah menjangkau 14 tahun.. kalau la ianya manusia dah tingkatan 2. Sedih sangat walau pun aku tak duduk dengan family tapi setiap kali datang rumah family mesti aku akan bermain, bermanja dan membelai nya.. Lulu ini jenis kucing siam warna putih kelabu sikit, mix sebab tu bulu nye panjang. Lulu ni seekor kucing yang baik sebab tak penah panjat meja masa orang tengah makan dan lagi dia manja sangat tapi cuma suara dia tak kuat. Kalau dengar dia mengiauuu lembut je suara yang keluar dari Lulu. Kucing yang paling panjang umur nya Lulu la daripada banyak-banyak kucing yang family aku bela, yang lain semua nya 5 @ 6 tahun je.. ada yang dah mati, ada yang hilang terus tak balik-balik rumah, ada yang sakit dan ada juga yang kena langgar kereta. Lulu ini mati sebab adik aku terlanggar dia semasa nak reverse kereta. Tapi yang menyayatkan hati Lulu ni baru je lepas beranak dan dia tinggal kan seekor anak kucing yang tak sampai seminggu pun lahir. Masa dia mati tu mak aku sempat amik anak kucing tu letak kat mak dia untuk menyusu.. ada gambar anak kucing tu menyusu pada mak dia walaupun mak dia dah mati.
Sekarang ni mak aku la yang jadi ibu angkat kepada anak kucing tu.. setiap masa dia yang buat susu dan menyusukan anak kucing tu.. sedih tengok ;(    dan mak aku ada buat research kat internat tentang penjagaan anak kucing.. rupa-rupa nya setiap kali selepas menyusu ibu kucing akan menjilat punggung anak kucing untuk meransang anak kucing tu buang air kecil. Tak sangka rupa nya anak kucing memang tak tahu buang air dengan sendiri nya.. itu la kekuasaan Allah s.w.t. Jadi sekarang ni lepas je mak aku menyusu kan anak kucing tu dia akan ambil kain basah dan lap punggung anak kucing tu untuk bagi dia buang air kecil. Susah juga tengok anak kucing tu minum susu guna botol kucing, sebab puting botol tu keras dan besar sikit.. bila dia nak menyusu selalu merungut tak dapat menyusu dengan selesa. Bila aku datang rumah family, ayah aku selalu kata kesian dengan anak yatim tu `anak kucing tu la'.. ermm.. sedey nyeee ;`(

 ini Lulu semasa hayat nya.. rindu sangat kat Lulu ;(

 masa ni Lulu dah mati tapi anak nya masih lagi menyusu buat kali terakhir.. sedih je tengok ;(

 anak Lulu yang baru berusia seminggu, belum buka mata lagi..cian dia dah jadi anak yatim..

Monday, October 17, 2011

Lulu and Chi-Chi ;)

 My name is Lulu.. hehehe






 And i am Chi-Chi.. huhuhu


Tuesday, October 11, 2011

Si comel chi-chi..

Salam  ^___^ hari tu el ada singgah umah my mum kat subang, lepas tu si chi-chi ni kuching my mum asyik dok terbuntang kat ruang tamu, apa lagi dia tido terlentang macam baru je berjalan jauh hehe.. kelakar tengok gelagat dan cara chi-chi ni tido.. kalau nak tahu ni la dia meneman my mum kat umah.

Monday, August 1, 2011

Fasha dengan kucing gemuk nye

This are some of the picture fasha sanda dengan kucing kesayangan nye.. ada mirip-mirip macam kucing el yang hilang dulu hehehe tapi cuma warna bulu nye saja yang sama, saiz badan tu jauh beza la. Kucing fasha ni besar, kucing el gemuk tapi tak ada la sebesar ini ;P


Wednesday, June 1, 2011

Comel nye kucing tu!

^__________^ pada suatu pagi masa nak keluar rumah ternampak pulak 2 ekor kucing yang comel ni. Mereka ni bukan la adik beradik tapi yang pelik nya mereka sangat rapat dan manja sampai tidur bersama ;) yang warna kelabu ni kucing besar dan yang warna hitam ni kecil lagi. Ahhhh.. but they are so sweet and cute, so tak lepas kan peluang i just snap a picture of them ;) enjoy!!


Wednesday, April 20, 2011

Cat For Sale..

Salam semua, di sini ada beberapa anak kucing untuk dijual..sesiapa yang berminat boleh hubungi saya yea..

Anak-anak kucing ni semua berusia 2 bulan dan harganya RM 450 dan masih boleh lagi nego...ada 3 colour, boleh pilih..


comel kan anak-anak kucing ni..emmm geram nya..



Thursday, December 30, 2010

Saturday, December 25, 2010

Lovely Lulu..




Tuesday, November 30, 2010

Chubby Cat..


Wednesday, November 24, 2010

My Cat..

 My beloved cat..monteley..tp da hilang..i'm gone miss u..

 Kucing ni penakut sikit dengan orang yang tidak dikenali..warna nya unik tp sayang da bagi pada orang..sbb kat umah pun da banyak kucing..