el

el
Showing posts with label Beauty Tips. Show all posts
Showing posts with label Beauty Tips. Show all posts

Sunday, November 4, 2012

Thai Massage at Arokaya

First time buat foot reflexology massage rasa geli dan sakit! I tak penah buat sebab I ni memang cepat geli kalau orang pegang kat tapak kaki. Jalan-jalan di Sunway Pyramid ternampak this Arokaya, ianya sebuah Thai Massage Spa. Mr. Hubby kate jom kita try nak tak? I mula-mula nya takut rasa geli dan sakit, tapi dah masuk spa tu so I try jer lah nak experience macam mana rase nya buat foot reflexology. Kalau rase sakit kat part mane-mane tu makna nya kita mempunyai masalah dalaman di bahagian yang tertentu. Well it turn not so bad cuma ada part-part tu geli sikit dan ada part yang sakit sikit. Anyway this makcik thai yang tukang urut tu nampak dah berumur but then kuat nye tangan dia urut kaki I. I rasa dalam banyak-banyak spa I lagi suka buat facial and body massage rather than foot hahaha.




Point dimana sakit tu ada masalah dalaman.



Wednesday, October 31, 2012

elianto Eye Treatment Patch

I memang suka sangat guna eye patch dari elianto nie. elianto Brightening Eye Zone Treatment Patch just suit my eye because i got dark circle so bila guna eye patch nie boleh reduce sikit my dark circle. Beside it's really cooling and refreshing after using it. Brighten, hydrate and improve elasticity, formulated with pearl extract that helps to lighten dark circle appearance, blotches and uneven skin tone. Witch Hazel extract to reduce dark circle and such improve eye puffiness problem. so grab it now hahaha, ( boleh juga pakai sambil tengok2 tv kat umah tue ).


12 pairs for only RM15.

Monday, June 18, 2012

Khasiat Teh Baik Untuk Kesihatan




Khasiat teh terutama sekali dalam kesihatan diri dan juga tubuh badan sememangnya diperakui ramai. Tidak ramai yang tahu bahawa teh hijau atau green tea mampu membantu sistem pembakaran kalori dengan lebih pantas, menentang alergi dan juga menguatkan otot.

Mari kita lihat apakah khasiat-khasiat yang terkandung dalam teh. Selepas membaca, jangan lupa amalkan dalam kehidupan seharian anda!
Phytochemicals tingkatkan imunisasi badan

Kandungan phytochemicals dalam teh sebenarnya mampu meningkatkan imunisasi tubuh bagi melawan penyakit seperti demam selsema atau penyakit berisiko. Malah ia dikatakan mampu membantut enzim perkembangan barah atau menentang serangan beberapa jenis sel barah. Pengarah Strong Cancer Prevention Centre di New York, Mitchell Gayor turut menasihati agar orang ramai meminum empat cawan teh sehari. Ia juga berfungsi dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah dengan menyingkirkan LDL (low-density lipoprotein) atau bahasa mudah difahaminya, lemak kotor.

Halang pertumbuhan kaviti

Gigi adalah antara bahagian yang mudah dijangkiti bakteria atau kuman. Teh yang turut mengandungi florida mampu menghalang pertumbuhan kaviti pada gigi kita. Seperti yang kita dapat lihat dalam beberapa produk ubat gigi keluaran tempatan, perasa teh dijadikan bahan utama kerana telah terbukti bahawa khasiat teh hijau diperakui oleh pakar perubatan.

Kuatkan otot, lambatkan penuaan!

Menurut laporan Archives Of Internal Medicine, kajian ke atas 500 orang lelaki dan wanita di China yang mengamalkan minuman teh selama 10 tahun mendapati mereka mempunyai kesihatan tulang yang optima. Kandungan flavonoids dikatakan memberi khasiat dan menguatkan otot. Selain daripada itu, bagi mereka yang ingin kelihatan awet muda, amalkan meminum teh hijau kerana satu kajian pada tahun 2001 mendapati ia berupaya melambatkan proses penuaan. Tak perlulah anda membuat berhabis wang membuat pembedahan plastik atau cucuk sana-sini, bukan?

Menentang alergi dan bakar lemak!

Kandungan antioksida dalam teh hijau sebenarnya mampu menghalang proses bio kimia yang bertindak balas terhadap pembentukan alergi. Ianya sangat mujarab bagi mereka yang alergi terutama sekali kepada persekitaran berhabuk. Teh hijau juga membantu untuk mempercepatkan proses pembakaran kalori termasuk kalori berlemak. Flavonoids bukan sahaja untuk menguatkan otot, sebaliknya ia boleh mengubah cara penggunaan hormon yang meningkatkan kelajuan kalori dibakar.

Risiko penyakit jantung rendah

Teh hitam atau black tea pula dikatakan berupaya menurunkan risiko penyakit jantung kerana ia menghalang darah daripada berkumpul. Dalam satu kajian yang dijalankan, seramai 1,900 pesakit jantung hidup lebih lama secara puratanya 3.8 tahun selepas mengamalkan dua cawan teh setiap hari.
 

Sunday, December 11, 2011

Miracle Slimming Soap

1. Made in France

2. Tanpa bau, bahan kimia , tanpa najis dan lemak bintang.

3. Membakar lemak dari 7 lapis kulit dengan bertindak sebagai agen pembakar lemak. Sabun ini juga insyaAllah dapat membantu mengempiskan perut yg buncit atau tempat2 yg berlemak disekitar dagu, perut, leher, lengan, paha , perut , pinggang, badan dan semua tempt yg mudah berlemak.

4. Membersihkan kulit badan dan tempat yg berlemak

5. Mengandungi shea butter yg menjadikan kulit cantik bersih firm dan tegang.

6. Menghapuskan bakteria dikulit, dagu , celah ketiak , kulit badan yg kurap, allergik dan kulit yg berkudis.

Cara penggunaan:

Sapu Miracle slimming soap di bahagian bermasalah seperti di peut, pinggang, peha, lengan atau kaki. Urut dengan lembut untuk selama 5-10 minit, kemudian biarkan selama 2-3 minit sebelum dibilas. Untuk kesan yang lebih baik, biarkan sabun lebih lama di badan sebelum membilas.


Nota:

Semasa mula menggunakan sabun ini, pengguna mungkin akan:

a. Merasa gatal untuk seketika. Ini menunjukkan badan kita mengandungi banyak asid didlm darah,dibawah lapisan kulit.

b. Membuang air besar lebih kerap ( sehingga 3-4 kali sehari ). Ini menujukkan proses pembuanga toksin dari badan kita sudah bermula.

c. Berpeluh lebih dari biasa. Ini juga adalah kesan pembuangan toksin.

Insyaallah semua ini akan berakhir selepas 1-2 minggu dan kesan yang diidamkan akan mula muncul.. kena le bersusuah sikat kan :)

Harga: RM 20each (150 gm)

Poslaju:
Semenanjung: RM 7
Sarawak : RM 8
Sabah: RM 9

Untuk order: bole cal @ sms Linda Kamaluddin 017- 583 9750

Thursday, December 1, 2011

Ag Factor

Ag Factor produk... sebotol berharga RM 228, boleh tahan juga harga nye kan. 1 botol ni tahan untuk sebulan. Selain mencerah kan kulit dan menghilangkan garisan dan kedutan  ianya juga berfungsi sebagai pencegah cancer dan menghilangkan parut jerawat yang ada pada wajah. Selain memberi kecantikan luaran ianya juga berfungsi untuk kesihatan dalaman...
seperti boleh meningkat kan imunisasi badan, mencegah cancer, mendapat tido yang selesa, menstabilkan hormon dan detoxify liver.

Suggested usage:
Adults : 2 capsules before bedtime 
Children : 1 capsule twice a day, mornings and evenings

Nutritional Facts:

Serving size : 500mg
Servings per box : 60 capsules
(30days' supply)

Product Ingredients:

Whey protein hydrolysate (a milk protein), pomegranate extract and mangosteen extract.

Monday, November 14, 2011

Vit E Softgel Collagens and Innershine Prune Plus

Salam Alls ;)


Baru-baru ini el ada mencuba beberapa produk kecantikan. Mesti u all kenal dengan lyna empunya blog a walk to remember yang famous tu la, dia kan ada menjual produk kecantikan Vit E Softgel Collagens dan el saja nak try produk ni bagus ke tidak couse bila tengok kat blog dia ramai pengguna produk ni nampak ye ada la sedikit sebanyak perubahan pada kulit wajah mereka. Sejak-sejak sekarang ni el macam rajin je membeli produk-produk untuk kecantikan, tak kira la untuk kegunaan luaran mahupun dalaman... hahaha tetiba plak rajin nak guna macam-macam benda untuk mencantikan diri.. huhuhu ;p


Produk dari Brands Innershine Pati Prune pun el ada cuba juga.. hehehe ;) rase nye sedap juga macam prune la hahaha ;p dan setakat ni el dah cuba 2 box ( 1 box  Innershine Berry and 1 box lagi Innershine Pati Prune). Kalau nak lihat perubahan nye kena la ambil dalam beberapa kotak Innershine kan baru la nampak perubahan, itu pun kalau ada perubahan kalau tak baik stop guna sebab nampak sangat ketidak kebersanan produk Brands ni kan.. hehehe ;p


Tuesday, August 2, 2011

Nano White skin care

Salam alls  ^_______^  kat sini el nak berkongsi skin care yang el gunakan. Dulu pernah guna skin care Bio Essence White Tanaka lebih kurang setahun setengah la jugak.. produk nye bagus sangat bila pakai pelembab nye tak berminyak pun kulit muka dan bau nye wangi je tapi yang tak best nye bila tengok tak nampak perubahan pada skin tone muka couse el ada masalah uneven skin tone pada tepi muka bahagian yang bertudung tu. So el cuba tukar kepada skin care yang lain pula dan sekarang ni el sedang mencuba skin care Nano White.. range harga nya agak murah sedikit jika nak di banding kan dengan Bio Essence White Tanaka. Produk nye pun agak ringan mudah untuk kita bawa bila travel kalau White Tanaka tu berat juga sebab botol nye daripada kaca kan. Nano White ni tekstur skin care nye ringan, wangi dan tidak berminyak. Perubahan yang el rasa bila pakai Nano White ni muka rase segar, licin dan berseri ;P hehehe nanti kita cuba lihat perubahan nye selepas 6 bulan setelah menggunakan nye yeee ;)