el

el

Wednesday, June 26, 2013

The 5th Anniversary

Hari ini genap sudah usia perkahwinan el bersama en.huby yang ke-5 tahun. Masa tu berlalu dengan pantas tanpa kita sedari, yelah rasa bagaikan semalam saja bergelar seorang isteri. Sepanjang 5 tahun ini pelbagai dugaan yang diharungi bersama, ketika sihat, ketika sakit, ketika senang dan ketika susah alhamdullilah kami masih dipanjangkan umur dan jodoh. Semoga kasih sayang dan kebahagiaan ini kekal hingga ke akhir hayat ^__^


Saturday, June 15, 2013

Patch Lace With Pearl


 Sekarang ni memang famous rekaan patch lace dan di atasnya dijahit beads mahupun pearl. Lately ni el banyak menerima tempahan dan kebanyak kan design el lebih suka patch lace dan taburkan pearl di atasnya. Look very simple but yet very glamour kan. Bukan saja baju kosong kita bole patch lace, malahan baju yang bercorak juga sesuai tetapi kena dengan gayanya la.





Hamper Gift



Baru-baru ni el ada bagi birthday gift pada office mate. Titiba-tiba datang idea untuk buat business gift hamper yela selalunya kan bila birthday kawan-kawan kita kadang-kadang tak tahu nak bagi present apa kan.. so tercetus la idea untuk bagi gift hamper yang mengandungi shower gel, sponge mandian, lotion/ body butter dan lain yang terdiri dari penjagaan kulit. Rasa nya gift yang macam ini lagi berguna boleh dipakai daripada kita bagi benda-benda hiasan yang akhirnya dibuang.. betul tak?? 

Anyway hamper gift ini mengikut bajet anda juga la.. kalau barang dari Body Shop anggaran tuk harga hamper ni dalam RM 70 - RM 90. Kalau bajet sikit munkin kita boleh guna barang dari AVON. Kalau Bajet banyak boleh gunakan barang daripada Yves Rochers juga.

Terima kasih pada rakan-rakan yang menempah hamper gift ni  ^_^

Kek Coklat Moist Untuk Tempahan


Salam.. baru-baru ni el ada cuba resepi baru kek coklat moist kukus. Selalunya buat kek bakar asyik tak jadi dan permukaan kek tu pun tak cantik hahaha tetiba 1st time try wat kek kukus ini jadi la plak tu siap wat topping lagi and tabur coklat rice atasnya. Memang sedap la yummy hingga menjilat jari kekeke. Yang ini tempahan dari kawan-kawan. Satu jual dalam RM 11, so sekarang ni kalau ada orang tempah el akan cuba buat. Tak lama lagi pun nak puasa dan raya kan pasti ramai yang tercari-cari kuih muih untuk perayaan akan datang ni.. so kita buka untuk tempahan raya yea. Hopefully bisnes baru kita ni mendapat sambutan la kan.. InsyaAllah.