Masih belum terlewat kan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.. hari ni pastinya ramai lagi yang belum pulang dari kampong yelah masih mood raya lagi kan hehehe.. yang el pulak dah mula kerja hari ni.
El mula balik ke kampung sebelah husband hari ahad petang yang lepas.. tahun ni beraya di Gemenceh dulu rumah atuk dan nenek husband kemudian baru beraya di rumah ibu mertua di Port Dickson.. hari rabu petang dah balik ke Shah Alam. Tahun ni raya ok lah banyak juga beraya di rumah saudara-mara belah husband tapi yang tak best nya baju raya el tak sempat siap ada dua pasang.. so pakai satu je baju raya dan lagi satu tu baju baru untuk kerja jadi lah kan daripada tak ada langsung.. baru el perasan tahun ni baju raya banyak yang kosong dan fabrik daripada cotton. Nampak nya tahun depan punya baju raya kena cari awal-awal lah dapat juga kain yang lembut dan corak yang cantik kan.. macam tahun ni baju raya tak berapa best lah ahahaha..
Hari last bekerja.. hari Jumaat yang lepas.. yeay yeay dapat duit raya ngeee rasa seronok tak terkata hahaha.. terima kasih kepada yang memberi.
Last dah nak balik sempat lagi posing bermaaf-maafan tapi yang depan tu asyik nak bercakar ajo.. ahahaha
Di pagi raya sebelum bergambar satu keluarga
Family sebelah husband
Posing lah kejap kat tingkap kayu ni..
Salam Lebaran dari kami berdua ^__^
Beraya di rumah abang ayah mertua
Atuk dan nenek belah husband.. mak dan ayah ibu mertua masih sihat lagi.
On the way nak balik Port Dickson sempat lagi singgah beraya..
Raya ke tiga beraya di rumah Nurul Farhana rakan dari sekolah yang rapat.
Suasana raya di rumah subang jaya.. tahun ni el tak ada kita jumpa tahun depan yer raya bersama..
Tahun ni Audi dapat beraya bersama dengan keluarga.. selalu nya time raya macam ni dia tak dapat cuti.
Atuk nenek dan cucu-cucu nya.. malam tadi beraya di rumah abang.
Penggemar tegar ayam ehehe..