el

el

Sunday, November 4, 2012

Thai Massage at Arokaya

First time buat foot reflexology massage rasa geli dan sakit! I tak penah buat sebab I ni memang cepat geli kalau orang pegang kat tapak kaki. Jalan-jalan di Sunway Pyramid ternampak this Arokaya, ianya sebuah Thai Massage Spa. Mr. Hubby kate jom kita try nak tak? I mula-mula nya takut rasa geli dan sakit, tapi dah masuk spa tu so I try jer lah nak experience macam mana rase nya buat foot reflexology. Kalau rase sakit kat part mane-mane tu makna nya kita mempunyai masalah dalaman di bahagian yang tertentu. Well it turn not so bad cuma ada part-part tu geli sikit dan ada part yang sakit sikit. Anyway this makcik thai yang tukang urut tu nampak dah berumur but then kuat nye tangan dia urut kaki I. I rasa dalam banyak-banyak spa I lagi suka buat facial and body massage rather than foot hahaha.




Point dimana sakit tu ada masalah dalaman.



Saturday, November 3, 2012

Turkish Indulgence by Secret Recipe

Cake secret recipe - turkish indulgence is inspired by " Istanbul Aku Datang". Kek ni ada coklat and light cream cheese topped with pistachios crumbles di tambah pula dengan aromatic rose flavoured  Turkish candy, soft marshmallows and coated dark chocolate melt. Terlepas peluang nak jumpa dengan Lisa Surihani sebab hari rabu yang lepas Secret Recipe ada buat meet the star dengan para pelakon dari filem "Istanbul Aku Datang". I memang minat sangat dengan Lisa Surihani, pelakon yang versatile, simple dan cantik :) ( kan best kalau dapat jumpa dengan nya, meet her in personally ). Tak dapat jumpa pun tak apalah, at least I enjoyed the cake and hi-tea with my beloved!.

 Turkish Indulgence RM 10 for a slice.




Hot Chocolate with Turkish Indulgence. 





 Lisa Surihani dan Kek 'Turkish Indulgence' bersama outlet krew Secret Recipe


Antara barisan pelakon utama Istanbul Aku Datang bersama pengarah filem,Bernard Chauly.






Friday, November 2, 2012

Crocs cap toe flat collection

Crocs ada latest new design shoe! Crocs latest Fall/Holiday 2012 collection ada few colors to brighten up any occasion. You can walk in endless comfort and wear in style anytime, anywhere. Shoe ni sangat lembut, ringan, non-marking, odor-resistant footwear dan sangat selesa. You can wear it anytime and with any occasion ;) don't you just love it? I just got one for my self *weeeee*. 
 
Crocs cap toe flat
 




Just nice for my collection.

Wednesday, October 31, 2012

elianto Eye Treatment Patch

I memang suka sangat guna eye patch dari elianto nie. elianto Brightening Eye Zone Treatment Patch just suit my eye because i got dark circle so bila guna eye patch nie boleh reduce sikit my dark circle. Beside it's really cooling and refreshing after using it. Brighten, hydrate and improve elasticity, formulated with pearl extract that helps to lighten dark circle appearance, blotches and uneven skin tone. Witch Hazel extract to reduce dark circle and such improve eye puffiness problem. so grab it now hahaha, ( boleh juga pakai sambil tengok2 tv kat umah tue ).


12 pairs for only RM15.

Tuesday, October 30, 2012

Pagi Checkup Petang Terus Makan Nando's

Hari yang di tunggu2 untuk pegi checkup telah tiba couse awal bulan Oktober hari tu I ada remove sis and appendix using microscopic surgery. Lame juga stay kat wad tu dalam 4 hari lah jugak dan I dapat MC selama SEBULAN (wow lame nye kan) * muke biase tapi dalam hati seronok nye weee*. Tak payah lagi nak pening2 pasal keje kat office tue cewah. Tapi sekarang ni I dah semakin sihat dan boleh buat keje yang ringan2 jer lah. Cepat betul masa tu berlalu minggu depan jer I dah kena start keje ( alamak boring nye! ) kan best kalau dapat cuti lame macam ni selalu kan kan. 

Anyway back to the story, lepas pegi checkup sebelah pagi sampai la tengah hari baru la dapat jumpa doktor tue. The good news is my wound tu dah semakin pulih tak ada sebarang masalah cuma I kena follow up checkup on next Disember. Hopefully semua nya ok.

Petang nya baru dapat dating dengan Mr. Hubby couse dia keje. Tekak terasa macam nak makan Nando's jer. So I ajak la Mr. Hubby dinner kat Nando's Taipan Subang Jaya. Nando's kat Taipan ni baru buka and i just love the deco lain dari yang lain from other Nando's Restaurant. Maybe this is the new decoration kot.


 Mild Chicken Nando's


English Tea Breakfast.





 Mr. Hubby dah lapar nih.




Kiki Kucing Yatim

Kisah kucing yatim piatu yang mak nye secara tidak sengaja dilanggar oleh adik I semasa hendak reverse kereta ke luar dari car posh. Sedih sangat sampai sekarang pun I masih rindu pada Lulu (mak nya). Anak kucing nih baru je berusia seminggu dah kehilangan kasih sayang dan susu ibu nya. I still ingat lagi, my mum yang selalu bagi susu botol pada anak kucing nih. Dah besar dah Kiki nie kalau dikira2 usia nya dah 4 bulan lebey dah. Comel sangat dan bila dah besar ni memang aktif berlari kesana sini, meloncat dari sofa ke sofa hah! Memang tahap ganas gila la kucing ni.Tapi Kiki nih dah berubah bila my mum adopted ada lagi 2 ekor kucing dari belakang rumah ( anak kucing yang asyik jatuh dalam longkang jer ). Kiki dah jadi baik dan tak de la seganas dulu2.

 Masa usia baru seminggu (dulu).

 Masa nie dah buka mata.
 Di susu kan oleh my mum.
 Semakin membesar.
Dah besar ( sekarang ) comei lotey kann..

 Ini lah si comot (nama sebenar Choc) kucing angkat baru my mum.


Kuat makan dia nih. Kalau time makan abis dia tutup makanan dengan tangan nya, tak bagi kucing lain makan makanan dia. So tamak!

Monday, October 29, 2012

Malay Baked Chili Fries

Baru2 ni I adalah tengok this one blog yang jadi pengacara Mad Market tue, Hanis Zalikha. Tetiba je ternampak this one recipe 'Malay Baked Chili Fries' nampak macam yummy so I pun drop by Carrefour near by my house to get all the barang2 tuk buat resepi ni. Hah! settle membeli barang2 tu semua I pun try la buat. The recipe is simple just nice to eat when you watching tv / movie at home. Pada I ok lah but seriously mr. hubby don't really like it very much ;( hahaa maybe it was to spicy and berminyak sikit kot.

Kebetulan masa nak beli fries nih ada dapat container free pulak. Apa lagi terus grab lol.

 Fries

 Mozzarella Cheese

Jangan lupe panas kan oven dulu. Suhu180c dalam masa 20 minit then masuk fries yang dicampur dengan olive oil dan sedikit oregano / black pepper pun bole ke dalam tray pembakar. Rasa2 dah macam garing tue keluar kan tuk letak cili yang ditumis dan taburkan cheese. Then bakar kejap dalam 5 minit.

 Tumis cili boh / cili kering yang telah di blend bersama belancan lepas tu letak sos cili and sedikit garam. Kena masak betul2 taw cili klu tak nnti sakit perut couse masuk dalam oven kejap jer. But in my case mr. hubby tak makan belancan so I tak adalah letak benda alah tue.

 Fries yang telah dibakar kemudian letak cili yang telah ditumis tadi dan taburkan cheese. sambung bakar for 5 minit.

Waalah dah siap just grab a bite!


Sunday, July 22, 2012

Bermanik lagi

Tempahan manik dari rakan sekerja..



Tuesday, July 3, 2012

Crumble Design..



Thursday, June 28, 2012

Tempahan manik untuk raya


 RM 65


 RM 120


Monday, June 18, 2012

Khasiat Teh Baik Untuk Kesihatan




Khasiat teh terutama sekali dalam kesihatan diri dan juga tubuh badan sememangnya diperakui ramai. Tidak ramai yang tahu bahawa teh hijau atau green tea mampu membantu sistem pembakaran kalori dengan lebih pantas, menentang alergi dan juga menguatkan otot.

Mari kita lihat apakah khasiat-khasiat yang terkandung dalam teh. Selepas membaca, jangan lupa amalkan dalam kehidupan seharian anda!
Phytochemicals tingkatkan imunisasi badan

Kandungan phytochemicals dalam teh sebenarnya mampu meningkatkan imunisasi tubuh bagi melawan penyakit seperti demam selsema atau penyakit berisiko. Malah ia dikatakan mampu membantut enzim perkembangan barah atau menentang serangan beberapa jenis sel barah. Pengarah Strong Cancer Prevention Centre di New York, Mitchell Gayor turut menasihati agar orang ramai meminum empat cawan teh sehari. Ia juga berfungsi dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah dengan menyingkirkan LDL (low-density lipoprotein) atau bahasa mudah difahaminya, lemak kotor.

Halang pertumbuhan kaviti

Gigi adalah antara bahagian yang mudah dijangkiti bakteria atau kuman. Teh yang turut mengandungi florida mampu menghalang pertumbuhan kaviti pada gigi kita. Seperti yang kita dapat lihat dalam beberapa produk ubat gigi keluaran tempatan, perasa teh dijadikan bahan utama kerana telah terbukti bahawa khasiat teh hijau diperakui oleh pakar perubatan.

Kuatkan otot, lambatkan penuaan!

Menurut laporan Archives Of Internal Medicine, kajian ke atas 500 orang lelaki dan wanita di China yang mengamalkan minuman teh selama 10 tahun mendapati mereka mempunyai kesihatan tulang yang optima. Kandungan flavonoids dikatakan memberi khasiat dan menguatkan otot. Selain daripada itu, bagi mereka yang ingin kelihatan awet muda, amalkan meminum teh hijau kerana satu kajian pada tahun 2001 mendapati ia berupaya melambatkan proses penuaan. Tak perlulah anda membuat berhabis wang membuat pembedahan plastik atau cucuk sana-sini, bukan?

Menentang alergi dan bakar lemak!

Kandungan antioksida dalam teh hijau sebenarnya mampu menghalang proses bio kimia yang bertindak balas terhadap pembentukan alergi. Ianya sangat mujarab bagi mereka yang alergi terutama sekali kepada persekitaran berhabuk. Teh hijau juga membantu untuk mempercepatkan proses pembakaran kalori termasuk kalori berlemak. Flavonoids bukan sahaja untuk menguatkan otot, sebaliknya ia boleh mengubah cara penggunaan hormon yang meningkatkan kelajuan kalori dibakar.

Risiko penyakit jantung rendah

Teh hitam atau black tea pula dikatakan berupaya menurunkan risiko penyakit jantung kerana ia menghalang darah daripada berkumpul. Dalam satu kajian yang dijalankan, seramai 1,900 pesakit jantung hidup lebih lama secara puratanya 3.8 tahun selepas mengamalkan dua cawan teh setiap hari.
 

Thursday, June 14, 2012

Baju sedondon


Hah ini salah satu pasangan.. eh silap bukan pasangan tapi opis mate yang kebetulan pulak hari ini pakai baju warna yang sama dan nampak sedondon kan warna purple nie.. ehehehe. Kadang-kadang tu aku pun ada juga pakai warna yang sama dengan abg rozi.. hehehe kebetulan la tue. Dan kebetulan juga hari ini aku bawa camera nak upload gambar baju manik yang baru aku siap kan, lepas tu apa lagi cepat-cepat la snap gambar mereka nie.. just nice ;)
Syila and abg Rozi kat opis..

Tempahan Manik Untuk Raya..


RM100


 RM 130

Tuesday, June 12, 2012

Lulu dalam kenangan...

Assalammualaikum,

Pada 8 Jun 2012 lalu, Lulu kucing kesayangan keluargaku telah meninggal kan kami. Usia nya telah menjangkau 14 tahun.. kalau la ianya manusia dah tingkatan 2. Sedih sangat walau pun aku tak duduk dengan family tapi setiap kali datang rumah family mesti aku akan bermain, bermanja dan membelai nya.. Lulu ini jenis kucing siam warna putih kelabu sikit, mix sebab tu bulu nye panjang. Lulu ni seekor kucing yang baik sebab tak penah panjat meja masa orang tengah makan dan lagi dia manja sangat tapi cuma suara dia tak kuat. Kalau dengar dia mengiauuu lembut je suara yang keluar dari Lulu. Kucing yang paling panjang umur nya Lulu la daripada banyak-banyak kucing yang family aku bela, yang lain semua nya 5 @ 6 tahun je.. ada yang dah mati, ada yang hilang terus tak balik-balik rumah, ada yang sakit dan ada juga yang kena langgar kereta. Lulu ini mati sebab adik aku terlanggar dia semasa nak reverse kereta. Tapi yang menyayatkan hati Lulu ni baru je lepas beranak dan dia tinggal kan seekor anak kucing yang tak sampai seminggu pun lahir. Masa dia mati tu mak aku sempat amik anak kucing tu letak kat mak dia untuk menyusu.. ada gambar anak kucing tu menyusu pada mak dia walaupun mak dia dah mati.
Sekarang ni mak aku la yang jadi ibu angkat kepada anak kucing tu.. setiap masa dia yang buat susu dan menyusukan anak kucing tu.. sedih tengok ;(    dan mak aku ada buat research kat internat tentang penjagaan anak kucing.. rupa-rupa nya setiap kali selepas menyusu ibu kucing akan menjilat punggung anak kucing untuk meransang anak kucing tu buang air kecil. Tak sangka rupa nya anak kucing memang tak tahu buang air dengan sendiri nya.. itu la kekuasaan Allah s.w.t. Jadi sekarang ni lepas je mak aku menyusu kan anak kucing tu dia akan ambil kain basah dan lap punggung anak kucing tu untuk bagi dia buang air kecil. Susah juga tengok anak kucing tu minum susu guna botol kucing, sebab puting botol tu keras dan besar sikit.. bila dia nak menyusu selalu merungut tak dapat menyusu dengan selesa. Bila aku datang rumah family, ayah aku selalu kata kesian dengan anak yatim tu `anak kucing tu la'.. ermm.. sedey nyeee ;`(

 ini Lulu semasa hayat nya.. rindu sangat kat Lulu ;(

 masa ni Lulu dah mati tapi anak nya masih lagi menyusu buat kali terakhir.. sedih je tengok ;(

 anak Lulu yang baru berusia seminggu, belum buka mata lagi..cian dia dah jadi anak yatim..