Assalammualaikum,
Pada 8 Jun 2012 lalu, Lulu kucing kesayangan keluargaku telah meninggal kan kami. Usia nya telah menjangkau 14 tahun.. kalau la ianya manusia dah tingkatan 2. Sedih sangat walau pun aku tak duduk dengan family tapi setiap kali datang rumah family mesti aku akan bermain, bermanja dan membelai nya.. Lulu ini jenis kucing siam warna putih kelabu sikit, mix sebab tu bulu nye panjang. Lulu ni seekor kucing yang baik sebab tak penah panjat meja masa orang tengah makan dan lagi dia manja sangat tapi cuma suara dia tak kuat. Kalau dengar dia mengiauuu lembut je suara yang keluar dari Lulu. Kucing yang paling panjang umur nya Lulu la daripada banyak-banyak kucing yang family aku bela, yang lain semua nya 5 @ 6 tahun je.. ada yang dah mati, ada yang hilang terus tak balik-balik rumah, ada yang sakit dan ada juga yang kena langgar kereta. Lulu ini mati sebab adik aku terlanggar dia semasa nak reverse kereta. Tapi yang menyayatkan hati Lulu ni baru je lepas beranak dan dia tinggal kan seekor anak kucing yang tak sampai seminggu pun lahir. Masa dia mati tu mak aku sempat amik anak kucing tu letak kat mak dia untuk menyusu.. ada gambar anak kucing tu menyusu pada mak dia walaupun mak dia dah mati.
Sekarang ni mak aku la yang jadi ibu angkat kepada anak kucing tu.. setiap masa dia yang buat susu dan menyusukan anak kucing tu.. sedih tengok ;( dan mak aku ada buat research kat internat tentang penjagaan anak kucing.. rupa-rupa nya setiap kali selepas menyusu ibu kucing akan menjilat punggung anak kucing untuk meransang anak kucing tu buang air kecil. Tak sangka rupa nya anak kucing memang tak tahu buang air dengan sendiri nya.. itu la kekuasaan Allah s.w.t. Jadi sekarang ni lepas je mak aku menyusu kan anak kucing tu dia akan ambil kain basah dan lap punggung anak kucing tu untuk bagi dia buang air kecil. Susah juga tengok anak kucing tu minum susu guna botol kucing, sebab puting botol tu keras dan besar sikit.. bila dia nak menyusu selalu merungut tak dapat menyusu dengan selesa. Bila aku datang rumah family, ayah aku selalu kata kesian dengan anak yatim tu `anak kucing tu la'.. ermm.. sedey nyeee ;`(
ini Lulu semasa hayat nya.. rindu sangat kat Lulu ;(
masa ni Lulu dah mati tapi anak nya masih lagi menyusu buat kali terakhir.. sedih je tengok ;(
anak Lulu yang baru berusia seminggu, belum buka mata lagi..cian dia dah jadi anak yatim..
ini Lulu semasa hayat nya.. rindu sangat kat Lulu ;(
masa ni Lulu dah mati tapi anak nya masih lagi menyusu buat kali terakhir.. sedih je tengok ;(
anak Lulu yang baru berusia seminggu, belum buka mata lagi..cian dia dah jadi anak yatim..
No comments:
Post a Comment