el

el

Monday, March 31, 2014

BED SHEET MADISON & CO

Isnin baru ni el pergi lunch dengan en.huby kat Subang Parade.. jalan-jalan ternampak pulak ada sale untuk bed sheet. Saja tengok-tengok sebab el dengan mie ni memang suka tengok bed sheet kalau ada sale. Banyak yang cantik.. and u know what? harga dia dari
RM 1,300 jadi RM 287 jer.. wow gila murah kan? sebab sale hingga 80% tu termasuk quilt cover tau.
 
Last time usher-usher jer pastu tak beli.. bila nak beli dah habis aduiii tu yang menyesal tak sudah tu hahaha. This time terus beli bila berkenan dengan bed sheet warna purple.. ngeeee. Malam tidur memang best la.. yelah bed sheet baru lah kata kan pastu warna kegemaran el plak tu.. huhuhu. So kalau you all Nampak ada sale bed sheet kat Parkson better beli memang tak rugi.. sebab kalau normal price dia beribu-ribu okey.. masa sale nih lah kita mampu nak beli, dapat juga merasa tido atas bed sheet harga beribu kan.. hooooo
 
Bed sheet from Madison & Co

 

Wednesday, March 26, 2014

OUTING WITH COUSIN AGAIN

Last Monday saja bawa Sofea jalan-jalan shopping kat Pyramid.. happy sangat dia dapat beli blouse and pants kat Padini.. kebetulan masa tu ada sale so dapat la borong banyak sikit. Tetiba my aunty call tanya el kat mana.. so el bagitau yang el ada kat Pyramid, rupa-rupanya diaorang pun nak pegi sunway so kita orang meet up kat pappa rich lah.
 
 Tapau kan dia Mcd then makan kat Pappa Rich
 
 First time rasa cupcake kat sini.. sedap juga dan tak manis
 
 
 
 el beli flavour Red Velvet.. hah tengok tu dah habis dah.. ngeeee
 








 Sofea teringin nak amik gambar atas kuda palsu ni bersama aunty2 mak saleh tu.. wetwet
 
Gen the cowboy gurl.. yeehaaaaa
 
 Sweet sangat kotak dia kan.. kan??
 
Red Velvet cupcakes.. tomel jer kan.. yummy

SURPRISE BIRTHDAY FOR FATEN

Semalam birthday Faten yang ke - 25 dah tua dah sorang kawan el nih.. patut dah boleh kawin dah hehehe coming soon kata nya. Selalu nya bila birthday dia ada je kawan-kawan yang celebrate birthday dia masa lunch.. kebetulan el tanya dia masa lunch tak pergi celebrate ke dengan kawan-kawan?? then faten cakap tak ada pun.. sebab rase nya adalah tu kawan-kawan dia nak ajk keluar malam kang.
 
So apa lagi el dan office mate yang lain pun nak buat la surprise birthday kat Faten nih.. plan baik punya hehehe.. el dan mia pergi lah beli kek and KFC.. ada kawan kitaorang tu suhaila dah lapar tahan gaban dah ekeke.. dok Tanya mane ni ayam tak sampai-sampai lagi kahkahkah..
 
Tepat jam 1.00pm kita orang pun pasang lilin, tutup lampu office masuk sambil nyanyi "happy birthday to u".. Faten terharu sangat and really shock. Yeayyyy berjaya juga kita orang wat surprise birthday dia.
 




 Cheese Chocolate cake
 
 Ini lah besday gurl.. Faten

 

Monday, March 24, 2014

CARAMEL

Hari ahad yang lepas aku ada buat caramel.. saja buat sebab petang tu nak pegi umah aunty aku yang kat Changkat View tu lagi pun cousin aku Ervy katanya suka caramel so aku pun buat la home made caramel. Resepi ni senang jer.. kalau korang rajin boleh la mencuba yeah..
 
 
Bahan-bahan nya:
 
7 biji telur
 
1 tin susu pekat
 
1 tin air
 
1 sudu teh esen vanilla
 
 
Cara-cara nya:
 
1) mula-mula panaskan pengukus dahulu.
 
2) letak kan loyang membakar di atas dapur gas dan panas kan gula (letak lah dalam 4-5 sudu besar gula) masak dengan api yang yang perlahan sehingga gula menjadi keperangan dan tutup api.. sejuk kan. dia akan jadi keras.
 
3) pukul 7 biji telur kemudian masuk kan 1 tin susu pekat dan 1 tin air.. pukul hingga semua bahan sebati menggunakan garpu yea lebih kurang 5 minit. lepas tu masuk kan 1 sudu teh esen vanilla.
 
4) masukkan bahan yang dipukul ke dalam Loyang tadi dan kukus lah selama 30 minit.
 
Okey dah siap! tantek tak caramel kita?? ehehe.. tantek kan.. kan..
 

Cousin From UK

Baru-baru ni cousin aku dari UK ada datang kat Malaysia. Diorang stay 2 minggu je kat sini. Last weekend hari Sabtu aku jemput dia orang datang umah aku couse dia orang tak penah sampai lagi rumah baru aku pindah ni. Seronok berborak sampai ke malam sebab lama sangat tak jumpa kan. Sambil tu aunty and cousin aku round satu umah buat inspection hahaha..
Actually my aunty pergi UK masa umur Ervy 7 tahun sampai la sekarang. Biasa nya dalam 2 - 3 tahun sekali dia orang akan balik Malaysia untuk holiday.. cuma sejak 2008 or 2009 my aunty ada beli rumah kat sini. Start last year dia dah duduk sini sebab ada buat business kat sini.
 
Dari kanan cousin aku Ervy, my mum, Dalila, Uncle Jerry, Gen and my aunty.
 
Ni kita orang on the way nak pegi umah my aunty kat Hartamas.
 
 My aunty tinggal kat Condo ni lah
 
 Tingkat 13.. tinggi tuh!
 
 Walk way masuk je sebelah kiri tu kitchen
 
 Bahagian kitchen dia ada kiri dan kanan tapi aku amik gambar sebalah kanan je.. kitchen dari Ikea yea sebab my aunty ni suka sangat barang Ikea..
 
 Living hall.. alamak tertangkap plak gambar mak aku ekeke..
 
 Dining. tu gen tersangap plak dia.. huhuhu
 


 Kat pool sambil teman Sofea..
 
 Ini budak memang suka tahap gaban berenang.. pagi tu dah berenang kat ICT pastu petang berenang lagi kat pool condo my aunty ni.. aduiiii
 
 Ini lah cousin aku yang paling rapat.. Ervirna sebaya aku.. walaupun jauh dia kat UK aku kat sini kita orang memang rapat dari kecik sampai sekarang..
 
 Adik aku Dalila and Genevie.. ini lah adik Ervy
 
 Dad and mum..
 
My aunty and uncle
 


 Cousin and niece
 
 Sister in law and my brother
 
 
 
 Geng-geng otai..






Till we meet again.. gone miss them!
 

Tuesday, March 11, 2014

Women Day

Semalam Y.B Hannah Yeoh bagi fresh Daisy Flower pada semua staff perempuan di Majlis sempena women day.. setiap tahun dia akan bagi fresh flower pada hari wanita.. last year kalau tak silap dapat roses.. tanda penghargaan pada kaum wanita okey.. kau ado?? hahaha.. sempat lagi el amik gambar Y.B sedang memberi bunga pada staff HR yer.. ehehe

Suhaila wajah terkasima bila amik gambar..
 
 Y. B Hannah sedang sibuk mengedarkan bunga2..
 

 


 Kak liza senyuman manis bak bunga daisy.. hukhuk
 
 Happy dia orang bila dapat bunga dari Y.B
 
 Gadis-gadis Hr yer.. ekekeke