el

el

Wednesday, April 16, 2014

Happy Birthday Mom

Semalam 15 April genap umur my mum yang ke 61 tahun.. rasa sungguh pantas waktu berlalu kan?? sebab rasa macam baru jer semalam celebrate birthday mak el kat Fish & Co tahun lepas. This year el beli something special untuk mak.. instant shawl from Amani Collection.. suka sangat mak bila dapat shawl tu semalam. Semoga ma diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, happy selalu dan sukses dalam perniagaan online yang ma ceburi.. terima kasih kerana melahirkan el di dunia ini.. I love u so much ma!
 
 Tahun ini family el celebrate birthday mak dinner kat Restaurant Thai Thai malam tadi.. Dalilah dah oder menu siap-siap, el dengan mie sampai je makanan pun dah oder.. kita orang cuma oder air jelah. Dinner semalam we all makan tomyam seafood itu mamang wajib oder lah.. then ada siakap stim yang kow betul pedasnya, ada tauhu dan kerabu mangga..
 
 Me and my mum.. ada macam adik beradik tak?? ehehe Nampak muda je kan mak el nih..
 
 Tauke brooch Chanel & pin shawl.. uhuuu
 
 Adik el.. Audi, Dalilah and pa..
 


 Siakap stim yang superb!
 


 el dan mie.. my darling
 
 Happy Birthday ma! may all your wish come true..
 












 

Thursday, April 10, 2014

Program Minggu Kesihatan

Minggu ni el sibuk betul lah.. Jabatan Kesihatan ada menganjurkan Program Minggu Kesihatan.. bermacam-macam program yang di aturkan untuk peserta dan kakitangan Majlis. Macam biasa lah el kan kat Latihan so bila ada program-program macam ni bila dah ditugaskan memang sepanjang hari la kat situ jer.
 
Hari pertama mereka adakan seminar pengurusan stress.. hari kedua pemeriksaan kesihatan.. hari ini pula seminar 1st aid @ home dan esok pula ada penjagaan dan pemeriksaan gigi. Esok pun ada di beri minuman Milo secara percuma.. so sesiapa yang free tu boleh la datang ke MPSJ Gate C pada pukul 9.00 pagi.. hanya seribu cup saje yerr.. hua hua hua jgn pulak ada yang bawa jug besar.. kah kah kah.
 
Lepas dah settle dengan kursus dan seminar kena lah mengadap fail kursus pulak.. huaaaaa.. yang paling letih tu bila ada jabatan2 yang tak hantar data2 kursus yang kitaorang perlukan memang berjanggut lah nak tunggu. Lagi-lagi bila nak dekat audit mula lah semua kalam kabut baru nak update file.. macam el suka bila proses fail kalau boleh nak semua data dah lengkap senang keje nanti tak adalah semua kena buat last minit kan kan kan??

Cara memberi CPR yang betul.. el rasa nak mencuba sebab tak pernah try kan.. sekarang dah tahu boleh la share knowledge dengan family dan kawan2 bila tetiba ada kecemasan sekurang-kurang ada yang tahu nak buat CPR.. betul tak?? konon nak jadi penyelamat lah nih.. hua hua hua

Teknik apabila ada orang tercekik..





Tengok tu muka Amin bukan main sengeh lagi tue.. jadi glamour tau.. ekekeh

Yang ini pula adalah teknik menyelamatkan bayi jika tercekik sesuatu ataupun susu..



Yang ini sesi cium patung.. ahaks! eh silap plak, sesi beri pernafasan semasa CPR..



 Cara pembalutan apabila patah tangan ataupun pembalutan luka pada lengan..
 
 
 


Tuesday, April 8, 2014

OAT & WHEAT

Oats/Haver (Latin: Avena Sativa) – Gandum (Latin: Triticum)

Oats atau haver merupakan biji-bijian, sementara gandum merupakan jenis rumput.


Manfaat Oats untuk kesihatan :
 
- Menurunkan kolesterol.
- Antioksidan yang terkandung dapat membantu mengurangi risiko penyakit jantung dan pembuluh  darah ( kardiovaskular ).
- Meningkatkan kekebalan tubuh terhadap infeksi.
- Mengimbangkan gula darah.
- Membantu mencegah kanser.
- Mencegah asma pada kanak-kanak.
 
 
Manafaat Gandum untuk kesihatan :
 
- Gandum (whole grains) baik untuk menjaga keseimbangan berat badan.
- Membantu mencegah gangguan metabolisme.
- Mengurangi risiko diabetes.
- Membantu mencegah penyakit batu hempedu.
- Baik untuk kesihatan organ pencernaan.
- Membantu mencegah berbagai penyakit jantung.
 
 

 Duta baru untuk jenama cvmallow.. dealer nya shima lah.. hukhukhuk
 
 Tengok tu  muka.. ada tak gaya ala-ala model?? kelas gitew.. tengok tu muka ala2 baby face huhuhu
 
 el beli yang ni memang sedap.. with white chocolate



 
Sekotak / satu pek cuma RM 15 jer..
 
Sesiapa yang berminat boleh whatsapp/sms shima 012-9795925
 
ig:@iemazam82
 

Monday, April 7, 2014

MARU, TOKIN & SNOWY

Sabtu petang hari tu saja lepak-lepak denga kucing kat rumah mak el. Lama bebenor tak bermanja dengan kucing-kucing kesayangan.. dah besar panjang dah dia orang.. hahaha orang kah?? yang tokin ni memang manja sangat2 kalau nampak je orang mesti nak gesek2 kat kaki sampai dia bergolek-golek lah. Yang maru ni dulu tak manja sangat tapi ntah nape sekarang ni manja plak dia sampai panjat atas riba nak duduk.
 
Snowy ni pulak mak el ambil kucing ni kat balakang rumah kira macam kucing terbiar la. Masa dia kecik2 abis satu badan kurap2.. abis berjangkit dengan semua kucing kat umah mak el. Dah satu keje plak my mum nak kena sapu ubat kurap kat semua kucing. Alhamdullilah sekarang ni dah elok pun.. bulu pun dah cantik. Masa dia kecik memang garang gila kalau orang pergi dekat kena cakar pastu wat bunyi 'argghh' alah bunyi kucing marah tu ahaha.. maklum la kucing liar kan tak ada orang belai. Sekarang ni dah besar sikit dah manja si snowy ni, comel plak tu. Kalau korang tengok maru dengan si snowy ni dah macam adik beradik sebab warna bulu mereka seakan2 sama.. muka pun lebih kurang je.
 
 My maru kucing kesayangan el..
 

 Tokin yang manja.. lepak-lepak sebab kat luar hujan masa tu.
 


 Ini lah favourite spot si tokin.. abis semua pokok-pokok mak el rosak gara-gara kucing suka duduk atas pokok.
 
Yang ini lah snowy.. tomel tak?? gebu gebas je kan. Jom jalan-jalan naik wagen oren ayah 'kate snowy' ehehehe.
 

SUP IKAN SIAKAP ALA THAI

Kejadian hari Sabtu. El dah lama nak cuba resepi dari Rancangan Selera oleh Nabila nih tapi bahan-bahan tak beli kan so tak dapat la nak masak.. kebetulan Sabtu tu pergi Puchong Utama nak bayar maintenance, kat area rumah lama el ni dekat je dengan Aeon Big ( dahulu nya carefour).. el dan mie pun singgah la nak beli barang dapur tuk masak tengah hari tu.
 
Best giler la dah lama tak pergi pasaraya Aeon Big tu.. banyak betul ikan, udang yang fresh2 dan ada potongan harga plak tu.. memang menarik dan murah2 lah.. ahaha naik gila memilih udang dan ikan kat situ. So dah Nampak ikan Siakap yang fresh teringat nak cuba resepi tu jadi el pun beli lah bahan-bahan untuk memasak sup ikan siakap ala thai.
 
So kalau korang nak cuba boleh la try resepi ni.. sekarang ni el cuba masak makanan yang sihat2 jer macam sup2 dan rebus2.. sebab sekarang ni mie kolesterol dia tinggi tapi belum kritikal lagih la. Untuk prevent that why el cuba masak makanan yang sihat untuk mie. And korang tahu tak pengambilan jambu batu setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah. Ok berbalik kita pada resepi tadi, el nak share dengan korang resepi nya..
 
 Bahan-bahan nya:

1) Ikan siakap dipotong kecil / nak guna ikan lain pun boleh juga.

2) 3 batang serai.

3) Bawang putih dicincang / ditumbuk.

4) 1/2 inci Halia ditumbuk.

5) 2 batang cili merah dihiris.

6) Akar daun ketumbar dibersihkan dan dipotong. Daun ketumbar pula dihiris.

7) Sos ikan.

8) 5 biji limau nipis.

9) 1 sudu kecil ada putih.

10) Sedikit garam.


Cara-cara nya:

1) Rebuskan sedikit air bersama serai, masuk kan bawang putih yang telah dicincang dan juga cili merah.. rebus kan sehingga mendidih.

2) Setelah mendidih masukkan akar daun ketumbar, masuk kan sos ikan dan juga jus limau nipis. Biarkan mendidih seketika. Masuk kan dalam 1 sudu kecil lada putih, sedikit garam dan gula untuk mengimbang kan rasa.

3) Setelah mendidih masuk kan ikan siakap dan biarkan mendidh selama 5 minit, tabur kan daun ketumbar dan matikan api. Sedia untuk dihidangkan..



Ini lah hasil nya.. selamat mencuba yer..




 
 

Thursday, April 3, 2014

VIVO @ EMPIRE

Ini citer minggu lepas punya.. hahaha. Faten ajak lunch kat Vivo, Empire. Kitaorang pun boring tak busy sangat kat office.. apa lagi misi jalan-jalan cari makan lorrr.. ehehe. Ni dah kali ketiga el makan kat vivo ni.. best arrr the food is delicious and affordable lah kat sini, tempat pun selesa.



 Mula-mula posing time..

 Lepas posing semua busy update.. hukhuk


 Chicken Sausage & Mushroom Baked Pasta RM 15.90
 
 My first menu kat vivo ni.. Cheesy Spaghetti Bolognaise
 

This one plak my 2nd menu.. Tropical BBQ Chicken Chop

Wednesday, April 2, 2014

Serai @ Empire

Hari ni el lunch kat serai empire.. tetiba dapat phone call from my friend aida mustar ajak pegi lunch kat serai padahal el dah bawa sushi tu untuk makan tengah hari. Aduiii konon nya nak diet la sangat and makan makanan sihat.. puiii dah kena goda dengan aida terus la memecut ke empire bersama k.ija.. kuangkuang.
This is the 1st time juga el makan kat Serai.. menu macam-macam ader nasi ada, western ada and mee2 pun ada. Harga boleh tahan juga lah.. huahua.









 Aida Mustar And K.ija.. dah kelaparan, sambil2 tu update ig yer.. ahaha
 
 Pavlova RM 15.90 / slice
 
 Nasi Ambang RM 20

 Spaghetti Olio RM 25
 

Seafood Char kuey teow RM 16