el

el

Thursday, April 10, 2014

Program Minggu Kesihatan

Minggu ni el sibuk betul lah.. Jabatan Kesihatan ada menganjurkan Program Minggu Kesihatan.. bermacam-macam program yang di aturkan untuk peserta dan kakitangan Majlis. Macam biasa lah el kan kat Latihan so bila ada program-program macam ni bila dah ditugaskan memang sepanjang hari la kat situ jer.
 
Hari pertama mereka adakan seminar pengurusan stress.. hari kedua pemeriksaan kesihatan.. hari ini pula seminar 1st aid @ home dan esok pula ada penjagaan dan pemeriksaan gigi. Esok pun ada di beri minuman Milo secara percuma.. so sesiapa yang free tu boleh la datang ke MPSJ Gate C pada pukul 9.00 pagi.. hanya seribu cup saje yerr.. hua hua hua jgn pulak ada yang bawa jug besar.. kah kah kah.
 
Lepas dah settle dengan kursus dan seminar kena lah mengadap fail kursus pulak.. huaaaaa.. yang paling letih tu bila ada jabatan2 yang tak hantar data2 kursus yang kitaorang perlukan memang berjanggut lah nak tunggu. Lagi-lagi bila nak dekat audit mula lah semua kalam kabut baru nak update file.. macam el suka bila proses fail kalau boleh nak semua data dah lengkap senang keje nanti tak adalah semua kena buat last minit kan kan kan??

Cara memberi CPR yang betul.. el rasa nak mencuba sebab tak pernah try kan.. sekarang dah tahu boleh la share knowledge dengan family dan kawan2 bila tetiba ada kecemasan sekurang-kurang ada yang tahu nak buat CPR.. betul tak?? konon nak jadi penyelamat lah nih.. hua hua hua

Teknik apabila ada orang tercekik..





Tengok tu muka Amin bukan main sengeh lagi tue.. jadi glamour tau.. ekekeh

Yang ini pula adalah teknik menyelamatkan bayi jika tercekik sesuatu ataupun susu..



Yang ini sesi cium patung.. ahaks! eh silap plak, sesi beri pernafasan semasa CPR..



 Cara pembalutan apabila patah tangan ataupun pembalutan luka pada lengan..
 
 
 


2 comments:

  1. Banyak aktiviti..sibuk betul kak el...

    ReplyDelete
  2. hehehe.. biasa la abg che kat latihan kan.. skg kat hrmis relax jer bosan juga buat sistem ni haha

    ReplyDelete