Ingat lagi pada waktu pertama kali belajar menjahit manik...persatuan puspanita yang menganjurkan kelas menjahit manik pada ahli-ahli nya. Pada ketika itu my mum yang bersungguh-sungguh mengajak untuk mengikuti kelas tersebut. Jadi el pun masuk la kelas jahit manik buat pertama kali nya.
Selepas mempelajiri beberapa teknik jahitan manik, el rasa seronok sangat dapat menghasilkan jahitan manik yang cantik. Bermula dari situ la el mula menjahit manik, mula-mula jahit pada baju sendiri selepas itu ramai kawan-kawan memuji dan mula menghantar temapahan manik pada el sehingga la kini.
Dari segi design manik el banyak reka sendiri tapi ada juga yang di ambil dari design-design manik pada baju siap yang dijual di shoping mall, pada laman web sulaman manik dan dari majalah. Tapi el lebih suka menambah design-design yang sediada supaya ia nampak lebih menarik.
Sebenarnya banyak lagi yang el perlu pelajari tentang sulaman manik ini kerana kebanyak kan design manik yang el buat simple-simple saja. Yang sarat-sarat tu agak sukar utuk di jahit. Teringin juga mengikuti kelas sulaman manik yang dianjurkan oleh 3C di Subang Jaya tapi yuran nya agak mahal juga...tengok la nanti bila ada kelapangan dan duit lebih boleh lah el sertai kelas tersebut.
mari-mari tempah manik...kedai jahitan manik dah dibuka....yang terbaik dari ladang...harga dan kualitinya setandaing butik kat Bansar....
ReplyDeletehahahaha..lawak ler abg che..boleh la..hehehe, nnti jgn lupe promot kat kak sal hntar bju kat el..
ReplyDelete