Percutian bersama sahabat di Gold Coast pada 2 Nov - 5 Nov 2010 suatu pengalaman yg tak dapat dilupakan. Bertolak dari Malaysia pada pukul 9.45 mlm dan tiba di sana pada pukul 7.05 pg. Setiba nya di sana el terus mencari transport pakage iaitu Shuttle Bas dan harga pakage nya dlm $67 tuk selama 3 hari dan kita boleh menaiki bas tu seberapa banyak kali yang kita mahu.
1st day el check in di Vibe Hotel pada waktu tu da pukul 10 pg. Lepas fresh up kan diri terus keluar g berjalan2. 1st place pegi Warner Bros Movie World harga tiket $ 74, dapat tgk live show scooby doo and beberapa karakter cartun sambil2 tu pe lagi shopping ler..harga barang2 di sana boleh tahan jugak lebih kurang $1 = RM 3.01 la. Lepas tu el g ke Pasific Fair salah sebuah shoping mall di sana. Di situ el de la beli beberapa oleh2 tuk kawan2..
On the 2nd day, el pegi ke Wildlife Currumbin Santuary harga tiket nya pula $ 49. Di situ el berpeluang tuk bergambar dengan Koala dan Kanggaroo. Tapi yang bergambar dengan Koala tu dikenakan bayaran sebanyak $ 18.99 hanya tuk sekeping gambar dan tidak da negatif nya..kalau duit kita lebih kurang dlm RM 50++ la. Yang bergambar dengan kanggaroo tu percuma sebab kita just masuk ke dalam satu park tu yang penuh dengan kanggaroo. Masa el masuk kanggaroo park tu semua kanggaroo tgh tido dan berehat sebab baru saja diberi makan, tak ada satu pun yg bangun atau berdiri. 1st time pegang kanggaroo rase seronok sangat. Kanggaroo tu sangat manja bila el belai...dgn selamba el buat mcm kucing el plak...hehehehe...dan tidak lupe lepas tu el de juga beli ole2 di situ, dapat ler beli patung koala. Selepas puas berjalan di zoo tu el terus pegi ke Habour Town, ia adalah sebuah shoping centre juga dan disitu terdapat banyak kedai butik yang mewah. Di sana dapat juga el shoping t-shirt, perfume, ole2 tuk my mum, dad, ayah dan ibu mertua. Masa da nak balik tu lalu plak kat kedai buah, pe lagi nampak starwbery tu mcm sedap je trus beli tuk dimakan di hotel pada malam terakhir el di sana.
Ke esok kan nya, el perlu bertolak awal kerana flight pada pukul 9.05 so kena ada di airport 2 jam lebih awal dan perlu check out seawal pukul 5pg tuk menaiki bas ke airport. Sampai saja di airport terus check in bag dan selepas tu g breakfast dulu. Dalam pukul 8 pg tu el dan rakan el trus masuk dan di dalam airport tu juga terdapat beberapa shop yg menjual accessori wanita, cenderhati dan kedai majalah. Sambil2 tengok2 tu berkenan plak ngan pinggan yg de gambar pemandangan bandar gold coast dan el pun beli 2 tuk mak dan mak mertua. Kenangan di Gold Coast yang tak dapat el lupa kan...
No comments:
Post a Comment