el

el

Thursday, June 28, 2012

Tempahan manik untuk raya


 RM 65


 RM 120


Monday, June 18, 2012

Khasiat Teh Baik Untuk Kesihatan




Khasiat teh terutama sekali dalam kesihatan diri dan juga tubuh badan sememangnya diperakui ramai. Tidak ramai yang tahu bahawa teh hijau atau green tea mampu membantu sistem pembakaran kalori dengan lebih pantas, menentang alergi dan juga menguatkan otot.

Mari kita lihat apakah khasiat-khasiat yang terkandung dalam teh. Selepas membaca, jangan lupa amalkan dalam kehidupan seharian anda!
Phytochemicals tingkatkan imunisasi badan

Kandungan phytochemicals dalam teh sebenarnya mampu meningkatkan imunisasi tubuh bagi melawan penyakit seperti demam selsema atau penyakit berisiko. Malah ia dikatakan mampu membantut enzim perkembangan barah atau menentang serangan beberapa jenis sel barah. Pengarah Strong Cancer Prevention Centre di New York, Mitchell Gayor turut menasihati agar orang ramai meminum empat cawan teh sehari. Ia juga berfungsi dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah dengan menyingkirkan LDL (low-density lipoprotein) atau bahasa mudah difahaminya, lemak kotor.

Halang pertumbuhan kaviti

Gigi adalah antara bahagian yang mudah dijangkiti bakteria atau kuman. Teh yang turut mengandungi florida mampu menghalang pertumbuhan kaviti pada gigi kita. Seperti yang kita dapat lihat dalam beberapa produk ubat gigi keluaran tempatan, perasa teh dijadikan bahan utama kerana telah terbukti bahawa khasiat teh hijau diperakui oleh pakar perubatan.

Kuatkan otot, lambatkan penuaan!

Menurut laporan Archives Of Internal Medicine, kajian ke atas 500 orang lelaki dan wanita di China yang mengamalkan minuman teh selama 10 tahun mendapati mereka mempunyai kesihatan tulang yang optima. Kandungan flavonoids dikatakan memberi khasiat dan menguatkan otot. Selain daripada itu, bagi mereka yang ingin kelihatan awet muda, amalkan meminum teh hijau kerana satu kajian pada tahun 2001 mendapati ia berupaya melambatkan proses penuaan. Tak perlulah anda membuat berhabis wang membuat pembedahan plastik atau cucuk sana-sini, bukan?

Menentang alergi dan bakar lemak!

Kandungan antioksida dalam teh hijau sebenarnya mampu menghalang proses bio kimia yang bertindak balas terhadap pembentukan alergi. Ianya sangat mujarab bagi mereka yang alergi terutama sekali kepada persekitaran berhabuk. Teh hijau juga membantu untuk mempercepatkan proses pembakaran kalori termasuk kalori berlemak. Flavonoids bukan sahaja untuk menguatkan otot, sebaliknya ia boleh mengubah cara penggunaan hormon yang meningkatkan kelajuan kalori dibakar.

Risiko penyakit jantung rendah

Teh hitam atau black tea pula dikatakan berupaya menurunkan risiko penyakit jantung kerana ia menghalang darah daripada berkumpul. Dalam satu kajian yang dijalankan, seramai 1,900 pesakit jantung hidup lebih lama secara puratanya 3.8 tahun selepas mengamalkan dua cawan teh setiap hari.
 

Thursday, June 14, 2012

Baju sedondon


Hah ini salah satu pasangan.. eh silap bukan pasangan tapi opis mate yang kebetulan pulak hari ini pakai baju warna yang sama dan nampak sedondon kan warna purple nie.. ehehehe. Kadang-kadang tu aku pun ada juga pakai warna yang sama dengan abg rozi.. hehehe kebetulan la tue. Dan kebetulan juga hari ini aku bawa camera nak upload gambar baju manik yang baru aku siap kan, lepas tu apa lagi cepat-cepat la snap gambar mereka nie.. just nice ;)
Syila and abg Rozi kat opis..

Tempahan Manik Untuk Raya..


RM100


 RM 130

Tuesday, June 12, 2012

Lulu dalam kenangan...

Assalammualaikum,

Pada 8 Jun 2012 lalu, Lulu kucing kesayangan keluargaku telah meninggal kan kami. Usia nya telah menjangkau 14 tahun.. kalau la ianya manusia dah tingkatan 2. Sedih sangat walau pun aku tak duduk dengan family tapi setiap kali datang rumah family mesti aku akan bermain, bermanja dan membelai nya.. Lulu ini jenis kucing siam warna putih kelabu sikit, mix sebab tu bulu nye panjang. Lulu ni seekor kucing yang baik sebab tak penah panjat meja masa orang tengah makan dan lagi dia manja sangat tapi cuma suara dia tak kuat. Kalau dengar dia mengiauuu lembut je suara yang keluar dari Lulu. Kucing yang paling panjang umur nya Lulu la daripada banyak-banyak kucing yang family aku bela, yang lain semua nya 5 @ 6 tahun je.. ada yang dah mati, ada yang hilang terus tak balik-balik rumah, ada yang sakit dan ada juga yang kena langgar kereta. Lulu ini mati sebab adik aku terlanggar dia semasa nak reverse kereta. Tapi yang menyayatkan hati Lulu ni baru je lepas beranak dan dia tinggal kan seekor anak kucing yang tak sampai seminggu pun lahir. Masa dia mati tu mak aku sempat amik anak kucing tu letak kat mak dia untuk menyusu.. ada gambar anak kucing tu menyusu pada mak dia walaupun mak dia dah mati.
Sekarang ni mak aku la yang jadi ibu angkat kepada anak kucing tu.. setiap masa dia yang buat susu dan menyusukan anak kucing tu.. sedih tengok ;(    dan mak aku ada buat research kat internat tentang penjagaan anak kucing.. rupa-rupa nya setiap kali selepas menyusu ibu kucing akan menjilat punggung anak kucing untuk meransang anak kucing tu buang air kecil. Tak sangka rupa nya anak kucing memang tak tahu buang air dengan sendiri nya.. itu la kekuasaan Allah s.w.t. Jadi sekarang ni lepas je mak aku menyusu kan anak kucing tu dia akan ambil kain basah dan lap punggung anak kucing tu untuk bagi dia buang air kecil. Susah juga tengok anak kucing tu minum susu guna botol kucing, sebab puting botol tu keras dan besar sikit.. bila dia nak menyusu selalu merungut tak dapat menyusu dengan selesa. Bila aku datang rumah family, ayah aku selalu kata kesian dengan anak yatim tu `anak kucing tu la'.. ermm.. sedey nyeee ;`(

 ini Lulu semasa hayat nya.. rindu sangat kat Lulu ;(

 masa ni Lulu dah mati tapi anak nya masih lagi menyusu buat kali terakhir.. sedih je tengok ;(

 anak Lulu yang baru berusia seminggu, belum buka mata lagi..cian dia dah jadi anak yatim..

Thursday, June 7, 2012

Penang

Assalamualaikum

Cuti kali ni aku ke Penang pula sebab utama ke Penang tu sebenarnya menghadiri perkahwinan sepupu sebelah husband. Alang-alang dah sampai sana apa lagi, kita round la jalan-jalan kan. Aku stay kat penang lebih kurang 3 hari 2 malam la juga. Malam pertama kita orang duduk kat apartment betul-betul tengah bandar kat Georgetown then malam kedua pula aku pindah ke tune hotel. Kat town tu banyak betul bangunan kedai lama-lama, jalan pun semua nya sehala.. memang jem la time pegi ni time cuti sekolah kan. Tapi aku tak berkesempatan lagi merasa nasi kandar line clear..hehehe. Malam pertama kat penang kita orang duduk apartment so ada la bawa lauk-lauk dan masak nasi..malam kedua pulak kita orang just pegi makan kat padang kota sebab mase tu dah pindah ke tune hotel. Bilik hotel nye pun kecik je muat-muat tuk dua orang, tak dapat la kalau nak masak-masak kan, dapur pun mane la ader..haha. Lepas makan malam aku, husband dan adik ipar ku yang dua orang lagi tu pergi Bukit Feringgi jalan-jalan waktu malam. Aku singgah ke hard rock cafe jap untuk beli shirt hard rock sebagai kenangan di penang. Jeruk pula aku beli jeruk Pak Ali, memang famous la kalau nak tau kat penang ni. Magnet aku just beli kat atas puncak bukit bendera, murah juga.. kalau beli kat bawah tu punya la mahal, nasib baik aku tidak memborong..hahaha

Time ni masa baru sampai dah pukul 7 petang..

the penang bridge..

ini lah dia pintu masuk nak ke Bukit Bendera dari parking kereta atas bukit..

di lereng-lereng bukit tumbuh bunga-bunga kecil yang berwarna oren ni..cantik kan..

ini pulak kat entrance bawah Bukit Bendera, banyak shop-shop kat belakang tu..
going up to Bukit Bendera..

view dari atas puncak Bukit Bendera.. nice kan, bole nampak satu penang la..ehehe
tengah tunggu train yang berikut nye.. 

 model cute mane lah ni.. ehehe

 kat atas Bukit Bendera ni pun ada muzium burung hantu..woooo

 sementara tengah beratur panjang untuk turun ke bawah balik, snap jap nama jalan nie..

 malam terakhir sampai juga ke Hard Rock cafe Bukit Ferenggi..

 posing jap selepas menyoping shirt hard rock.. hehehe

 with hubby and angah..

 cantik kan.. ini dekat main entrance hard rock hotel, setiap saat tukar-tukar color..



 ole-ole tanda kenangan dari penang ;)

 on the way nak balik kl dah masa nie.. bye-bye penang see u again.. ;p
huhuhu..