Assalamualaikum
Cuti kali ni aku ke Penang pula sebab utama ke Penang tu sebenarnya menghadiri perkahwinan sepupu sebelah husband. Alang-alang dah sampai sana apa lagi, kita round la jalan-jalan kan. Aku stay kat penang lebih kurang 3 hari 2 malam la juga. Malam pertama kita orang duduk kat apartment betul-betul tengah bandar kat Georgetown then malam kedua pula aku pindah ke tune hotel. Kat town tu banyak betul bangunan kedai lama-lama, jalan pun semua nya sehala.. memang jem la time pegi ni time cuti sekolah kan. Tapi aku tak berkesempatan lagi merasa nasi kandar line clear..hehehe. Malam pertama kat penang kita orang duduk apartment so ada la bawa lauk-lauk dan masak nasi..malam kedua pulak kita orang just pegi makan kat padang kota sebab mase tu dah pindah ke tune hotel. Bilik hotel nye pun kecik je muat-muat tuk dua orang, tak dapat la kalau nak masak-masak kan, dapur pun mane la ader..haha. Lepas makan malam aku, husband dan adik ipar ku yang dua orang lagi tu pergi Bukit Feringgi jalan-jalan waktu malam. Aku singgah ke hard rock cafe jap untuk beli shirt hard rock sebagai kenangan di penang. Jeruk pula aku beli jeruk Pak Ali, memang famous la kalau nak tau kat penang ni. Magnet aku just beli kat atas puncak bukit bendera, murah juga.. kalau beli kat bawah tu punya la mahal, nasib baik aku tidak memborong..hahaha
Time ni masa baru sampai dah pukul 7 petang..
the penang bridge..
ini lah dia pintu masuk nak ke Bukit Bendera dari parking kereta atas bukit..
di lereng-lereng bukit tumbuh bunga-bunga kecil yang berwarna oren ni..cantik kan..
ini pulak kat entrance bawah Bukit Bendera, banyak shop-shop kat belakang tu..
going up to Bukit Bendera..
view dari atas puncak Bukit Bendera.. nice kan, bole nampak satu penang la..ehehe
tengah tunggu train yang berikut nye..
model cute mane lah ni.. ehehe
kat atas Bukit Bendera ni pun ada muzium burung hantu..woooo
sementara tengah beratur panjang untuk turun ke bawah balik, snap jap nama jalan nie..
malam terakhir sampai juga ke Hard Rock cafe Bukit Ferenggi..
posing jap selepas menyoping shirt hard rock.. hehehe
with hubby and angah..
cantik kan.. ini dekat main entrance hard rock hotel, setiap saat tukar-tukar color..
ole-ole tanda kenangan dari penang ;)
on the way nak balik kl dah masa nie.. bye-bye penang see u again.. ;p
huhuhu..
No comments:
Post a Comment