el

el

Thursday, January 16, 2014

MARU DAN MIKO

Aku dah mula bela kucing!! memang dah lama nak bela yelah sebab aku pun duduk berdua jer cuma sekarang ni dah ada adik ipar duduk sekali kan. Kucing ni cicit lulu.. kalau u all ada baca tentang entry lulu dulu yang mati dilanggar kereta. Mak nya pun mati kene langgar kete juga tapi nasib baik anak2 Nye dah 3 bulan kalau kecik lagi tak dapat la menyusukan. Anak kiki ni ramai ada 6 ekor semua nya.. aku bela 2 ekor jer.. lagi pun mak aku dah tak larat nak bela kucing banyak2 ni.
Masa 1st dulu aku bawa asyik nak lari keluar rumah jer.. yela kat belakang pintu pagar tak letak jaring lagi.. kat depan pulak terus lari kat jalan masuk bawah kete depan umah orang lain. Yang miko ni ok manja je.. yang maru ni punya la nakal asyik cabut keluar jer.. risau hilang takut tak tahu jalan balik umah kan al-maklum lah tempat baru. Mak aku amik balik sebab mereka ni cirit- birit and nak inject vaksin.
Sabtu baru yang lepas aku amik balik maru dan miko sebab dah vaksin dan mereka pun dah sihat. Kali ni si maru ok manja dan tak nakal.. tapi yang si mika ni plak asyik menyorok macam takut jer.. bila aku keluar baru dia nak kluar kalau tidak memang memerap jela kat tempat tersorok tu.
Semalam dua2 dah ok.. tapi muka dia orang macam boring jer. Maru suka duduk dekat dalam sangkar walaupun pintu sangkar dah buka.. agak Nye dia suka melepak tempat tinggi.. yela kalau kat umah mak aku dia suka duduk kat buaian bulat yang besar tu.. ehehe
 
 Tengok la tu.. komain posing lagi kat atas buaian ;)
 

Mr. Maru

 Muka sedih nak kene bawa balik umah baru..
 
Anak-anak kiki ( ni semua adik beradik maru dan miko )







 Mr. Miko macam boring jer.. cian dia mesti rindu adik beradik kat umah subang..


 
 
 


Monday, January 13, 2014

D' LUGANO SPA

Beberapa minggu yang lepas aku ada cuba satu spa ni kat Sek. 13, Shah Alam. Sajer je menggatal kan.. sebab dah lama tak buat facial.. so why not try spa yang pemilik nya dulu Diana rafar. Dulu aku selalu buat facial kat Yves Rosher.. tapi sejak shop Nye dah berpindah ke dalam parkson.. memang dah tiada perkhidmatan facial couse dalam parkson tu no room tuk buat facial. Tu lah rasa macam muka ni da berkarat.. ahaha tu yang kene juga cari some place tuk buat facial. For 1st timer dia bagi disct 50% kalau kita pegi kat D' Lugano Spa ni.. banyak pakej yang ditawarkan.. kat sini pun ada facial gold mask tau!! aku cuba yang 3d Mask gitew RM 180 after less RM 90 je!

 Ni di bahagian dalam spa.. tak sempat plak aku nk amik banyak gambar sebab dah terus start buat treatment.. dalam Nye cantik dan tenang jer macam ala-ala kat bali gitew..
 
 sebelum start facial dia akan rendamkan kaki dulu.. mase tu hujan lebat dapat plak rendam kaki dangan air suam dengan minyak aromaterapi nye.. fuuhhhh very calming okey..
 Di antara pakej yang disediakan di spa ni..
 

Tuesday, January 7, 2014

Jalan-Jalan Cari Makan di Fish & Co

Jumaat yang lepas aku bawa office mate jalan-jalan cari makan kat Paradigm Mall. Aku memang suka makan kat sini and this is the 1st time dia orang try makan kat sini.. memang excited gila lah.. hehehe. Semua sekali angkut naik keta Alza Shima jer senang.. hohoho memang lowed lahhh..
Sempat lagi snap picture  dalam keta.. tengok la tu muka excited diaorang nak makan.. ehehe..

Tengok tu meah (nama sebenar mia) ehehe.. lapar sampai alas plate pun nak di makannya.. kekeke


Yang akak ina ni memang kaki posing.. huhuhu

Muka nana yang tak tahu nak pilih menu ape.. semuanya Nampak sedap.. rase macam nk oder jer semua, bole tak?? ngeeee..

Fried Calamari.. best in town RM 10.90

My Fav food.. Peri peri Catch RM 16.95

Air nih nama nya Mojito Lychee.. RM 7.95



Fatin yang dah kepenatan.. kekenyangan.. hehe tapi yang kat belakang tu still maintain ceria yer.. ;)


Monday, January 6, 2014

Suplement From Shaklee

Dah seminggu aku try supplement dari Shaklee ni. Sebelum ni memang aku dah banyak try produk2 supplement yang berada di pasaran. Sekarang ni aku amik Alfafa Complex & GLA Complex untuk kesihatan.
 
1) Alfafa complex - mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Mengurangkan toksin dan merendahkan kolestrol.
 
2) GLA complex - melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan tanda-tanda putusnya haid. Mengurangkan symptom biasa seperti gatal, bengkak dan sakit sendi.
 
Last few month ago ada juga try maixara ini. Ada kawan yang tegur kulit muka Nampak macam cerah tapi aku rasa macam sama jer.. hehehe. Yang ni selain untuk kulit bagus untuk dalaman juga bagi mencegah cancer.
 
Yang aku rasa bagus dan sesuai dengan badan yang 1st dulu aku penah try Monavie. Minuman jus ni bila aku minum time puasa dulu bila bangun je sahur memang tak rasa penat langsung, yelah memandang kan aku ni kan dulu amik tempahan jahit manik sampai ke pagi la menjahit beads tu hah.. bila time nak raya banyak juga tempahan. Kadang-kadang tu tidur sampai pukul 3 - 4 pagi pun ada. So bila amik monavie ni bila bangun sahur badan rasa ringan je.. dan tak rasa penat. 1 botol ni RM 100 lebih.. dah tak ingat berape harga nya.. haha cuma boleh tahan dalam seminggu je. Banyak bajet tu huhuhu.