Dah hampir seminggu Tokin tak balik, last sebelum el ke Langkawi tu adalah jumpa dan main dengan dia kejap. Mak el call el di Langkawi kata nya tokin dah tak balik beberapa hari dah takut ada orang culik dia atau pun kena langgar kereta itu yang mak el risau kan.
Tiba-tiba hari Isnin yang lepas adik el whatsapp el gambar tokin yang dah balik dengan bawah mulut dia hancur.. terkejut tengok dan sedih sangat tengok tokin dalam keadaan macam tu. Mak el call pagi tu bagitahu yang dia nak bawa tokin pergi hospital veterina kat serdang. Petang tu mak el bagitahu yang tokin kena masuk wad, doc tu nak cuci luka kat bawah mulut dia.. ada lebih kurang 100 ekor ulat yang keluar dari luka dia. Then doc bagitahu mulut dia kena operate nak structure balik.
Hari khamis yang lepas pada 3 July tokin kena operate.. hari Jumaat mak dan ayah el datang melawat dia. Cian tengok dia, ayah el bagitahu yang dia nak makan tapi tak jadi sebab ada kon yang di letak kan kat leher dia.. mesti dia lapar nak makan tapi apa kan daya mulut dia mesti sakit lagi baru operate dan ada kon plak kat leher tu kan ;(
Ini masa tokin baru balik dengan keadaan mulut dia hancur.. cian nye dia ;(
Masa ini tokin baru lepas kena operate.. cian tengok dia dak kurus jer.
Semoga cepat sembuh dan sihat kembali yea tokin.. sesungguh nya tokin ni kucing yang sangat kuat dapat mengharungi semua ini.
Tokin masa sihat nya.. comel je dia, cian dia ;( rasa nak nangis lahhhhh.. huaaaa
No comments:
Post a Comment