el

el

Tuesday, August 11, 2015

Jamuan makan

Hari ni ada makan-makan sikit kat office kita orang, kak bada menantu dia buat satay. Ada tempahan untuk raya dari jabatan bangunan jadi kak bada adalah oder lebih sikit untuk kami kat bawah ni. Semalam dia ada bagitahu siapa yang nak bawa apa-apa makan bolehlah. So malam tadi el ada buat caramel, kawan-kawan yang lain pun ada juga yang bawa makanan. Macam wana dia bawa sosej black pepper, kak ina pula buat fruit cocktail.. gadis praktikal pun rajin juga fazz bawa air kotak bagus dia ni ringan tulang orangnya tak perlu nak suruh memang dia bawa, susah nak jumpa budak muda macam dia tu hihihi.
 
 


Kak ina tengah buat cocktail sambil tu azie pun nak tolong juga letak ais.




 Yang efa ni kalau amik gambar je mesti pejam mata nak tidur haha.. nampak sangat dah makan kenyang ngantuk hehehe..


 Inilah wana, masa jamuan raya yang lepas tu dia tak datang. Cun kan? siap makeup ni tau sebab tahu el mesti nak masuk dalam blog hehehe..




 Hanis zalikha.. eh silap pulak hihihi. Ini Suhaniz panggil aniz jer dia ni lah yang paling senior buat sistem hrmis kira macam otai la kat hrmis.


Gadis comel mastura yang brutal, jangan main-main ada motor besar ni tau hukhuk..

 

Kami lah unit hrmis dan BRP (buku rekod perkhidmatan) termasuk dua gadis praktikal. Tapi ni tak cukup lg sebab cc Hj. Rozi tak ada sebab dia demam hari ni mc.


Okey satay sampai dahhh.. terima kasih pada kak bada yang taja satay untuk kita orang ni. Sedap sangat satay daging dia lembut sangat!



Hah ni gadis praktikal poyo hehehe tak adalah gurau jangan marah ahh fazz.. dia nak suruh amik gambar makan satay then nak send kawan kat universiti saja bagi jelous la tue hahaha.

Yang tudung pink tue kak bada. Terima kasih kak susah-susah je bawa satay untuk kami semua kan..




Tetamu sedang menjamu selera tengah hari tadi. Tu nana yang bertudung biru.


Wah berselera suhaila makan cocktail tu kan, sampai kita amik gambar dia tak sedar pun hihihi.


 Yang ni ada ex staff BRP dan ada staff dari HR atas.

Open House Mastura

Ahad yang lepas Mastura office mate ada buat open house dekat Seksyen 24 Shah Alam dari pukul 2 petang hingga malam. Ahad lepas el ada banyak juga jemputan kalau ikut kan adalah dalam 6 buah rumah tapi el tak sempat nak pergi semua. Yang sempat pergi 4 buah rumah jer..


Start keluar rumah pukul 1 petang pergi rumah kawan office dia ada buat birthday anak sulung umur 10 tahun sekali la tu buat makan-makan sikit. Then barulah pergi ke rumah mastura ni dalam pukul 3 petang, dia memang buat open house. Meriah betul sebab dia ni join group motor-motor besar tau. Mak dia pun ada buat catering so banyak jenis makanan yang dihidangkan, lauk pauk dia semua sedap-sedap. Lagi satu kelebihan Mastura ni dia pandai mengurut orang. Hari tu kaki sebelah kanan el rasa sakit dan lenguh-lenguh, minta Mas urutkan dekat office lah.. lepas je urut tu rasa ringan je barulah lega sikit. Dia single lagi okey hihihi kalau ada orang yang nak hantar form boleh la huhuhu. Untung siapa dapat mas ni, orangnya lawa, baik, rajin, pandai masak dan pandai mengurut pulak tu kira pakej lah niii..



Ni Hj. Rozi bersama isterinya kak Timah. Mereka ni ada anak teruna tu yang beriya mas melayan tu hehehe..

Lepas tu baru pergi rumah nana kawan office juga dia ada buat BBQ tapi dekat rumah mertua dia lah di area Puchong. Itu pun dah pukul 5 petang. Last sekali el pergi ada lagi satu rumah kawan office juga kakak dia buat kenduri. Dia duduk dekat kuaters Majlis dekat Bandar Puteri. Sampai rumah dah masuk maghrib el pun terus mandi dan solat. Ada kerja rumah sikit, lepas settle semua kerja terus bommm tidur lah dah penat berjalan seharian kan. 



 

Monday, August 10, 2015

Family BBQ Night

Malam sabtu yang lepas el ada buat BBQ untuk family. Memandangkan adik bongsu el Audi pun dah nak balik Terengganu pada hari ahad dan family abang el pun belum datang beraya di rumah el decide untuk buat BBQ sekali malam sabtu tu. Malam tu el masak meehun goreng, buat salad dan peach jelly. Rasanya macam lama juga tak buat BBQ ni. Last buat masa tahun lepas dekat rumah mak el di Subang Jaya. Bahan-bahan semua el dah beli awal dekat Mydin hari khamis yang lepas, beli yang dah siap perap senang sebab el tak ada masa nak buat memandangkan sabtu dan ahad ni pun banyak dapat jemputan open house dan kenduri. Cuma ikan cencaru tu je el perap sendiri pada hari sabtu pagi tu. Hari sabtu tengah hari pergi beraya rumah maksu el dekat Puchong then pergi kenduri aqiqah anak kawan pejabat dekat area Puchong juga. Lepas balik dari beraya dan kenduri tu el singgah Jaya Grocery dekat Main Place untuk beli barang sikit, beli salad dan sos untuk BBQ malam tu. Suka sangat beli barang dekat Jaya Grocery sebab barang-barang dia semua fresh and teratur, bayang kan rasa seronok nak beli bahan basah kat situ hahaha..

 

Cuba tengok salad ni nampak fresh kan? bahan-bahan semua beli kat Jaya Grocery ni hehe. Selalu bila buat salad rasa biasa je tapi kali ni luar biasa sikit sebab dapat resepi dari kawan yang duduk di West Manchester. Bila ayah and audi rasa smua cakap sedap sangat salad ni. Kalau nak tahu el boleh je share macam mana nak buat salad yang sedap ni..

Lepas basuh salad, just perah lemon, letak olive oil, sedikit garam, black pepper dan gaul kan. Last sekali letak Caesar dressing brand Praise. 







 Tukang bakar dua orang, yang ayah el tukang makan hehehe..


 Bakar kambing dulu sebab ramai yang suka makan kambing haha..


 Borak-borak sambil membakar

 
 Masa petang tu singgah kat Main Place el sempat tengok ada sale basikal jenama K-Rock brand dari korea folded bicycle. Biasanya basikal jenis lipat ni mahal tau harga semua dalam seribu ke atas. Tapi masa sale ni dapat murah la bawah seribu. Kebetulan this week hari sabtu 15hb Ogos birthday Saufi, husband el macam nak belikan dia present. Lama juga pilih-pilih last sekali beli untuk el punya sekali hehe at least sofea pun boleh naik. Yang el punya je folded bicycle saufi punya biasa tak boleh lipat lah. Bila budak-budak ni  nampak je basikal seronok la dia orang dari petang main basikal. Masa malam pun nak naik basikal juga.




 Rajin Saufi tolong papamie dia kipas masa BBQ, his so adorable kan..


 El pun pakai baju biasa je tak sempat nak lawa-lawa hehehe.. biasalah tuan rumah sibuk menyediakan macam-macam makanan.




Family BBQ hangout night. 

 



 

Beraya Di Rumah Mak Uteh

Rasa macam dah lama tak pergi rumah mak uteh, adalah dalam 2 tahun rasa nya. Raya tahun ni bila ada kesempatan kami sekeluarga sampai juga ke rumah mak uteh alhamdulillah... rumah mak uteh ni dekat Seremban. Anak dia ada dua orang semua dah besar-besar. Yang sulung lelaki baru kahwin tahun ni dan yang bongsu perempuan masih menuntut di universiti dekat Pinang.
Seronok bila dapat berkumpul ramai semua saudara mara kan.. meriah pula rasanya. Terima kasih pada tuan rumah kerana menyediakan juadah yang sedap-sedap, kalau korang nak tahu masa pergi rumah mak uteh ni dia ada masak daging kurma dia memang sedap sangat!!


 Makan-makan dan borak-borak memang seronok 


 Abang el cakap dia nak suap saufi tak nak makan. Bila el amik tolong suap kan nak pula dia hadoiiii saufi ni mengada-ngada betul kan hehe. Cian papa dia nak suap tak nak..


 Dengan kakak ipar el


 Gadis-gadis yang sweet gitew ngeee..






 My sister, dalila and my niece sofea yang suka sangat melaram nih!


 Saufi dengan husband el memang tak dapat dipisahkan, dia rapat dengan papamie. Bila jumpa terus melekat je hehe. Lepas tu bila jumpa kat rumah siapa-siapa kan nanti bila time nak balik mesti dia nak ikut kita orang. Macam kat rumah mak uteh ni kakak ipar and abang nak pergi beraya rumah kawan-kawan, bila el nak salam dia tanya nak pergi mana? el cakap kan saufi nak balik..muka dia dah sedih dah. Bila husband hantar kat kereta dah menangis dia. Sedih pula bila nampak..




 Kiri sekali tulah mak uteh el. Adik kepada ayah el.
 





 My beloved mum and dad, moga dipanjangkan usia mereka dan diberi kesihatan yang baik aminnn..


 Anak abang, sofea kakak dah darjah 4 tahun ni & saufi adik pula tahun ni nak masuk 5 tahun.

 
 Lepas makan-makan, semua lepak kat luar amik angin. Yang pakai blue shirt tu adik bongsu el nama dia Audi. Masa raya tu dia tak dapat cuti. After 2 week raya dia baru balik. Dia kerja kat plantar minyak di Terengganu.


 Happy faces!!


 Family abang


 Tengok ni, dua-dua nak duduk atas riba papamie hehehe kena kerumun.




Ini lah adik beradik ayah.. pak uda, mak uteh and kakcik. Maksu tak sempat nak datang sebab ada majlis lain.

Raya Aidil Fitri 2015

Hari tu kata nak update blog kita, tapi tak update-update pun. Okey hari ni ada masa sikit boleh la el update apa yang terbaru pasal raya yang lepas ni kan huhuhu. Minggu lepas dekat office ada buat jamuan raya, memang ada banyak lah menu sampai tak terasa oleh kita hehe. Pagi tu jamuan raya di jabatan khidmat pengurusan and then petang tu pula jamuan raya di Majlis. Fuhhh kalau menu kat Majlis jangan cakap la lagi lah meriah siap ada coconut shake lagi tuh tau!! Tahun ni meriah semua kawan-kawan pakai baju so colourfull! cuma kali ni bila ada jamuan raya el banyak pantang tak boleh makan ayam dan daging pun kena kurangkan tau-tau je lah bila raya semua menu nya sama kalau tak rendang ayam mesti rendang daging kan pastu satay. Start awal bulan mei yang lepas el dah amalkan pemakanan yang sihat. Masa bulan puasa berat el selalu nya akan turun dalam 3-4 kg macam tu. Untuk tahun ni masa bulan puasa berat el dah turun sebanyak 3kg daripada 60kg sebelum ni. Harap dapat maintain la berat ni kan hehehe.. dalam bulan syawal ni pun dah ganti puasa awal so tak adalah bila last minit nak kalam kabut nak ganti kan..

 Posing jap sebelum majlis jamuan raya bermula, aktiviti seperti biasa macam tahun-tahun yang lepas






 Yang kiri tulah bos besar kami, Tn. Hj. Zulkurnain Pengarah Khidmat Pengurusan..banyak peminat bos ni al maklum la orang nye hensem kan hahaha




 Ini azie kawan kita kat hrmis tapi dia unit lain dia uruskan buku rekod perkhidmatan..


 Dari kiri tu Amin masih bujang lagi yea hihihi siapa yang berkenan boleh masuk meminang yea haha.. yang tengah tu shima, siapa tak kenal artis majlis mempunyai suara yang lunak hihi





 Nak perkenalkan gadis-gadis praktikal.. efa dan fazz.



Sebelah malam nya pula fatin ada buat makan-makan kat umah dia. So kami beraya lagi lah hihi.. mana tak nya pagi jamuan raya jabatan, petang jamuan raya majlis and malam pula pergi beraya makan jelah satu hari ni hahaha tapi nasib baik berat i tak naik..