el

el

Tuesday, July 1, 2014

Percutian Langkawi



Last week el dan husband baru balik dari percutian di Langkawi. Husband yang planning percutian kali ini.. awal-awal lagi dah book hotel, flight dan kereta sewa. Kali ini ada kelainan sikit sebab kita orang raikan hari kita pada 26 Jun.. dan lagi ini kali pertama kita orang menjelajah tiga buah pulau iaitu Pulau Beras Basah, Pulau Dayang Bunting dan di sebuah Pulau yang kita boleh lihat Eagle Feeding.. pakage untuk island hopping ni seorang dalam RM45 sahaja.

Kita orang book flight pergi pada 25hb dan pulang pada 28hb Jun.. hotel pula di atas rekemen seorang sahabat kita orang book De Baron Resort, husband el pilih bilik yang sea view.. kata nya boring asyik tengok bangunan je kat sini, so nak tukar pemandangan laut pulak.. hahaha macam-macam kan. Kalau sea view ni 1 malam RM190 dan bilik biasa dalam RM150. Sewa kereta pula husband el nak test drive honda city yang baru tu ehehehe.. so kebetulan ada kawan yang memang selalu pergi langkawi dan ada contact orang sewa kereta kat sana.. jadi kita orang book je dengan orang tu, En. Wan nama nya. Sewa untuk tiga hari dalam RM350.


Sampai di Langkawi pada pukul 11 pagi.. flight kita orang pukul 10.15 pagi.. perjalanan mengambil masa dalam 45 minit saja.

 Indah sungguh pemandangan dari tingkap kapal terbang ni..

 Muka happy husband dapat juga bawa honda city baru ni.. memang betul-betul baru keluar dari kedai lah sebab plastik kat seat pun tak buka lagi tauu.. ekekeke..

 Bahagian dash board semua digital.. nak start enjin pun tak pakai kunci dah, just press button merah tu dan tekan break automatically dah start your enjin.. huhuhu

 Hah u all nampak tak cover seat kat kepala pun tak buka lagi.. best nye bau kereta baru lagi dalam nye..

 Sampai je langkawi kita orang serbu kedai perfume dulu yang terletak di pekan kuah berhadapan dengan kedai adidas..

 Dekat sini memang banyak pilihan perfume dari yang berjenama sehingga lah yang biasa.. dan harga nya memang murah sikit jika di bandingkan di shopping mall tu.


 Dekat sini el dan husband suka beli perfume smart collection memang murah dan tahan lama dari pagi hingga ke petang.. so worth it lah.

 Nama kedai ini Three P Corner.. kalau u all datang ke langkawi ni jangan lupa singgah ke kedai perfume ni yeah..

 Ini pula bahagian Lobby Resort tempat tinggal kita orang.

 Bilik kita orang yang mengadap sea view.. memang besar sangat bilik ni, kalau bawa satu family pun masih muat lagi.




 View dari bilik..

 Ada swimming pool tapi tak sempat mandi pun.. hehehe

Jalan-jalan petang di tepi laut..

 Di bahagian tepi hotel ni pemandangan nye cantik boleh nampak pulau, laut dan kapal-kapal layar kecil..


 Tengok matahari terbenam dengan husband..

 My happy husband !! @@

Dah bersiap nak pergi jalan-jalan cari makan malam pula.. ngeee
 
Candid picture by husband..



 Dekat sini masakan nye memang sedap dan murah.. terletak di Persiaran Mutiara 2. Tak jauh pun dari hotel kita orang mengambil masa dalam 10 minit je untuk sampai ke restoran ini.


 Yeayyy makan malam !!

 Menu makan malam.. ikan siakap masak tiga rasa, telur dadar, seafood tomyam dan kangkung belacan baru je RM 53, murah kan?? kalau kat KL tak dapat nih..


Lepas makan malam kita orang pergi ronda-ronda jalan makan angin pastu singgah jap kat kedai Hj. Ismail ni tengok apa yang ada.. pendek kata kat sini semua ada dan murah harga nya jika dibandingkan kat KL.

 Kinder bueno RM 7.50 untuk 3 pcs, kalau kat cold stroge RM 9.90 yerrr.








 Kacang gajus ni kalau 500g dalam RM23.90


 
 
 Pelbagai jenis sotong semua ada kat sini.




 Magic pan ni harga dalam RM 65 - RM 75 


 Cantik kan tempat bekas letak kek ni..


 Periuk kaca vision ni memang murah.. kalau kat Parkson lagi mahal wooo..





 Rambang mata tengok luggage bag yang colorful ni.. patut nye nak beli yang warna purple tu, bila datang balik esok nak beli dah habis.. huaaaaa menyesal tak beli so el dapat beli warna grey jer.



 
 
 
Hari kedua pula aktiviti kami ke tiga buah pulau.. kali pertama sampai di Pulau Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau untuk melihat eagle feeding.
 
Dalam perjalanan ke tiga buah pulau.. agak mendung macam nak hujan.
 
Belum sampai lagi dah basah sebab hujan mulai turun.. hahaha basah sebelah badan sudah.. aduiiiii
 
 
 
 
 
 
 Pulau Beras Basah
 

 
 Ini lah jetty ye.. kecik jer untuk bot amik penumpang.
 
 
 
 
 Tasik dayang bunting.. Nampak tak kat tengah tu macam ibu mengandung yang sedang baring ??
 
 Nak pergi ke tasik dayang bunting kita kena mendaki sikit.. ini antara laluan untuk pergi ke tasik tu..
 
 Kat sini ada kolam tasik kanak-kanak pun boleh mandi, untuk orang dewasa pun boleh mandi manda di tasik ni ada disediakan life jaket bagi siapa-siapa yang tak tahu berenang ekekeke..
 
 

 
Seronok yer dia dapat bawa kereta baru Honda city.. ehehe plastik kat seat pun tak buka lagi. El pun dah test drive memang best huuuuu..
 
 Hari ketiga pun jalan-jalan lagi.. pergi cable car tapi kita orang tak masuk dalam.. dah selalu sangat masuk kalau pergi sini, so jalan cari ole-ole jer..
 
 Telaga Harbour Park & Marina
 


 Perfume kita orang beli 4 botol semua nya.. 1 botol tu husband el dah buka dulu dah pakai pun..
 
 
Pergi bawa satu beg je.. balik terpaksa beli satu lagi nak letak barang tangkapan el dan husband belikan untuk keluarga.

 Malam akhir kita orang jalan-jalan kat pantai cenang.. lepak minum chatime dan cari shirt untuk anak buah el.
 
 
 Lepak minum sambil dengar life band.. happening betul kat cenang ni.
 
Ok setakat di sini saja.. nak balik tidur. Esok nak cari ikan bilis yang di kirim oleh ayahanda tersayang.. esok tengah hari nak balik dah. Good nite !! ^___^
 
 
 

 

6 comments:

  1. Elle,ribuan terima kasih untuk comment yang bernas daripada THREE P CORNER PERFUME LANGKAWI

    ReplyDelete
  2. your most welcome bee ling khow, saya suka berkongsi dengan pembaca kat mana tempat yang best untuk shopping parfume di langkawi..

    ReplyDelete
  3. akak,beg kat sane tu berapa rm ye??

    ReplyDelete
  4. akak,beg kat sane tu berapa rm ye??

    ReplyDelete
  5. Three P Corner Perfume Langkawi tempat paling recommended utk beli perfume kat Langkawi. Harganya murah berbanding kedai2 lain...siap boleh tawar lagi....jumpa jer Ah Ling a very nice perfume specialist...hhaahahah

    ReplyDelete
  6. bole bg contact number kete sewa en wan tu x?..tq

    ReplyDelete