el

el

Monday, August 10, 2015

Beraya Di Rumah Mak Uteh

Rasa macam dah lama tak pergi rumah mak uteh, adalah dalam 2 tahun rasa nya. Raya tahun ni bila ada kesempatan kami sekeluarga sampai juga ke rumah mak uteh alhamdulillah... rumah mak uteh ni dekat Seremban. Anak dia ada dua orang semua dah besar-besar. Yang sulung lelaki baru kahwin tahun ni dan yang bongsu perempuan masih menuntut di universiti dekat Pinang.
Seronok bila dapat berkumpul ramai semua saudara mara kan.. meriah pula rasanya. Terima kasih pada tuan rumah kerana menyediakan juadah yang sedap-sedap, kalau korang nak tahu masa pergi rumah mak uteh ni dia ada masak daging kurma dia memang sedap sangat!!


 Makan-makan dan borak-borak memang seronok 


 Abang el cakap dia nak suap saufi tak nak makan. Bila el amik tolong suap kan nak pula dia hadoiiii saufi ni mengada-ngada betul kan hehe. Cian papa dia nak suap tak nak..


 Dengan kakak ipar el


 Gadis-gadis yang sweet gitew ngeee..






 My sister, dalila and my niece sofea yang suka sangat melaram nih!


 Saufi dengan husband el memang tak dapat dipisahkan, dia rapat dengan papamie. Bila jumpa terus melekat je hehe. Lepas tu bila jumpa kat rumah siapa-siapa kan nanti bila time nak balik mesti dia nak ikut kita orang. Macam kat rumah mak uteh ni kakak ipar and abang nak pergi beraya rumah kawan-kawan, bila el nak salam dia tanya nak pergi mana? el cakap kan saufi nak balik..muka dia dah sedih dah. Bila husband hantar kat kereta dah menangis dia. Sedih pula bila nampak..




 Kiri sekali tulah mak uteh el. Adik kepada ayah el.
 





 My beloved mum and dad, moga dipanjangkan usia mereka dan diberi kesihatan yang baik aminnn..


 Anak abang, sofea kakak dah darjah 4 tahun ni & saufi adik pula tahun ni nak masuk 5 tahun.

 
 Lepas makan-makan, semua lepak kat luar amik angin. Yang pakai blue shirt tu adik bongsu el nama dia Audi. Masa raya tu dia tak dapat cuti. After 2 week raya dia baru balik. Dia kerja kat plantar minyak di Terengganu.


 Happy faces!!


 Family abang


 Tengok ni, dua-dua nak duduk atas riba papamie hehehe kena kerumun.




Ini lah adik beradik ayah.. pak uda, mak uteh and kakcik. Maksu tak sempat nak datang sebab ada majlis lain.

No comments:

Post a Comment