el

el

Tuesday, August 11, 2015

Jamuan makan

Hari ni ada makan-makan sikit kat office kita orang, kak bada menantu dia buat satay. Ada tempahan untuk raya dari jabatan bangunan jadi kak bada adalah oder lebih sikit untuk kami kat bawah ni. Semalam dia ada bagitahu siapa yang nak bawa apa-apa makan bolehlah. So malam tadi el ada buat caramel, kawan-kawan yang lain pun ada juga yang bawa makanan. Macam wana dia bawa sosej black pepper, kak ina pula buat fruit cocktail.. gadis praktikal pun rajin juga fazz bawa air kotak bagus dia ni ringan tulang orangnya tak perlu nak suruh memang dia bawa, susah nak jumpa budak muda macam dia tu hihihi.
 
 


Kak ina tengah buat cocktail sambil tu azie pun nak tolong juga letak ais.




 Yang efa ni kalau amik gambar je mesti pejam mata nak tidur haha.. nampak sangat dah makan kenyang ngantuk hehehe..


 Inilah wana, masa jamuan raya yang lepas tu dia tak datang. Cun kan? siap makeup ni tau sebab tahu el mesti nak masuk dalam blog hehehe..




 Hanis zalikha.. eh silap pulak hihihi. Ini Suhaniz panggil aniz jer dia ni lah yang paling senior buat sistem hrmis kira macam otai la kat hrmis.


Gadis comel mastura yang brutal, jangan main-main ada motor besar ni tau hukhuk..

 

Kami lah unit hrmis dan BRP (buku rekod perkhidmatan) termasuk dua gadis praktikal. Tapi ni tak cukup lg sebab cc Hj. Rozi tak ada sebab dia demam hari ni mc.


Okey satay sampai dahhh.. terima kasih pada kak bada yang taja satay untuk kita orang ni. Sedap sangat satay daging dia lembut sangat!



Hah ni gadis praktikal poyo hehehe tak adalah gurau jangan marah ahh fazz.. dia nak suruh amik gambar makan satay then nak send kawan kat universiti saja bagi jelous la tue hahaha.

Yang tudung pink tue kak bada. Terima kasih kak susah-susah je bawa satay untuk kami semua kan..




Tetamu sedang menjamu selera tengah hari tadi. Tu nana yang bertudung biru.


Wah berselera suhaila makan cocktail tu kan, sampai kita amik gambar dia tak sedar pun hihihi.


 Yang ni ada ex staff BRP dan ada staff dari HR atas.

No comments:

Post a Comment