el

el

Wednesday, July 16, 2014

Iftar Di Pullman Putrajaya Lakeside

Hari Isnin baru-baru ni dapat jemputan berbuka puasa di Pullman Putrajaya Lakeside.. sebenarnya tak berapa sihat masa tu tapi pergi jelah sebab dah booking untuk family sekali kan. 1st time datang sini, besar juga kawasan hotel ni dan sangat cantik reka binaan hotel ni.. terasa macam berada di istana jer.. ehehehe. Makanan buffet berbuka puasa pun banyak juga pilihan cuma tak sempat nak amik gambar sebab masa tu sakit perut kan malas lah pulak nak berjalan-jalan huhuhu. Siap ada durian, siapa2 yang nak makan diaorang akan tolong buka kan. Bakar-bakar pun ada macam-macam seafood. Makanan yang bergoreng lah, rojak lah, kambing golek pun ada dan tak lupa juga kegemaran ramai iaitu satey!!
 
 




 
 
 Kak Nahar dan Kak Yusanawati..





 Mum and my little brother Audi.. balik cuti for 2 week..

 Menu orang yang tak berapa sihat.. dim sum jer hukhukhuk

Dessert wajib kena ada yer.. ehehe

Tuesday, July 15, 2014

Tempahan Manik

Well kalau korang nak tahu dah lama juga el tak menjahit manik.. baru-baru ni ada kawan yang nak tempah jahit manik, so el terima jelah. Rasanya dah nak dekat setahun juga lah tak buat beading ni.. biasa nya el akan mula menjahit manik time-time nak dekat raya.. rasa macam ni lah masa dalam bulan ramadhan memang ramai yang akan hantar. Tapi tahun ni dah tak banyak yang nak tempah manik.. maklumlah kebanyakkan baju siap pun dah banyak yang siap jahit manik.. cuma nya kalau yang dah siap manik tu kena tengok kualiti manik nya ada yang bagus ada juga yg manik murah so kalau nak beli yang dah siap beading tu kenalah pilih betul-betul kualiti kan, supaya bila basuh banyak kali manik nya tetap berkilat tak adalah warna luntur ataupun terkopek.. hehehe.
 
Just nak share dengan u all design manik yang 1st time el jahit ni.. el tak penah lagi jahit pearl2 ni macam leceh kena jahit satu-satu.. tapi bila dah lama-lama jahit naik hantu plak dah tak boleh nak stop ahahaha.. kelakar la plak. Nanti nak tunggu baju raya el siap abis la jahit semua pearl and manik atas lace-lace tu huhuhu..
 



 




 

Thursday, July 10, 2014

Hanger Dari Ikea

Hari tu el ada beli hanger kayu dari Ikea untuk gantung tudung-tudung el.. nak cari design yang lama tu tengok-tengok dah tak adalah, sekarang ni Ikea keluarkan design hanger kayu yang baru. Sebab nak susun balik semua tudung-tudung el yang tak kemas tu el pun belilah tapi dah berminggu tak sempat lagi nak susun atur tudung-tudung el tu.. malam tadi seblum tidur sempat jugalah membelik-belik tudung dan terus kemas. Satu hanger el letak dalam 2-3 colour tudung lah.. kalau nak letak 1 tudung 1 hanger memang alamat nya penuh la almari kak ton ni hah ahahaha..
 
Malam tadi bermula lah operasi mengemas dan susun atur balik tudung-tudung ku dengan hanger baru.. ehehehe. itu pun ada lagi kat tempat lain ada shawl dan anak tudung yang jarang pakai di letak kan di dalam laci almari yang lain tak susun-susun lagi.. cuma lipat dan letak dalam ruang kotak kain bekas Ikea.. nantilah ada masa free-free tu el kemas balik cantik-cantik huhuhu...


 Selalu nya el akan gantungkan semua tudung-tudung macam ni lah.. benda gelung bulat ni banyak jual tuk gantung tudung.. tapi bila masuk dalam gelung ni kat bahagian tudung tu memang akan berkedut.


 Hanger Ikea yang baru.. alamak malam tadi lupa la amik gambar hanger Ikea yang lame tu.. ehehehe


 Bila tudung dah gantung Nampak kemas je kan dan dah tak berkedut huhuhu.. takyah la pagi-pagi nak menggosok tudung lagi kan.
 
 
Bila gantung kat dalam wardrobe pun Nampak kemas kan dan tak makan banyak space.. just the way I like it !!
 
 
 
 
 
 
Love,
elle

Wednesday, July 9, 2014

Fried Prawn Spaghetti

Sejak bulan puasa asyik berbuka makan nasi je kan.. rasa macam dah naik muak pulak, so semalam el masak menu lain pula.. fried prawn spaghetti !! tengok semua bahan ada terus masak jelah ehehe. Bahan-bahan nya tak banyak pun dan sangat simple kalau nak masak lagi-lagi bagi orang yang sibuk bekerja kannnn..
 
 
Ok.. mula-mula kita kena lah rebus spaghetti terlebih dahulu yea..
 
 Didih kan air dan masuk kan sedikit garam.. bila dah mendidih baru boleh masuk kan spaghetti
 

 Bila dah masak, tos kan dan jangan lupa gaulkan dengan butter ataupun sedikit minyak olive oil
 
 

Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk masak fried prawn spaghetti
 
 
 Tumis bawang bersama belacan dan kemudian masukkan udang
 
 
 Bila bahan tadi yang ditumis sudah garing masukkan cili pes
 
 
 Bila cili pes dah betul-betul masuk masuk kan telur pula.. jangan lupa masuk kan sedikit garam yea. Agak-agak telur tu hampir masak masuk kan mee spaghetti, kicap cair, kicap pekat dan sayur gaul sehingga rata.
 
 
 
 
 Dah siap!! selamat berbuka puasa dan menjamu selera.. waaaaa
 




 

Monday, July 7, 2014

Iftar Hari Ke-9

Bila bulan puasa ini mula lah fikir apa menu yang menarik untuk di masak kan.. setakat hari ni masuk ramadhan ke-10 el dan husband tak pernah lagi ke bazar ramadhan bukan nya apa kalau pergi ke bazar tu dah lah ramai orang lepas tu belum tentu makanan yang di beli tu sedap betul tak.. so lagi baik kita masak je kat rumah, simple-simple lagi sedap daripada membazir duit beli makanan kat bazar tu. Kebersihan makanan tu pun kita tak tahu yelah kalau tukang masak tu pembersih ok lah kalau pengotor conform lepas makan sakit perut macam ada kawan el tu.. dia makan petai sampai cirit-birit lah dibuat nya.. dah kena mc ehehe.
 
Hari Sabtu lepas husband el ajak balik kampung.. so el pun tak adalah balik dengan tangan kosong kan tak sedap lah pula, so el buat fruity jelly yang simple je dan curah susu cair atas nya dah sedap !! El tak ada masa hari sabtu tu sebab kena jaga kursus sebelah pagi nya. So tengah hari balik terus buat jelly tu dan sejukkan dalam peti sejuk.. bila petang tu dah keras la sikit kan dan terus balik kampung.
 
 Tadaaaaa.. ini lah fruity jelly kita yang simple sangat. Bila nak makan then baru curah susu ideal tu tapi jangan lupa sejuk kan juga susu tu baru la sedap bila nak makan ehehe.
 
 
Ikan masak asam pedas my favourite !!
 
 
 Paru goring berlada memang terbaik resepi ibu mertuaku huhuhu.
 
 
 Kerabu manga senang je nak buat just letak manga, bawang, cili api, garam dan gula gaul rata dan simpan dalam peti sejuk.
 
 
Ayam masak merah ni favourite husband el kalau u all nak tahu.
 
 
Hari ni rasa macam jemu nak makan nasi.. hurmmm ingat nak masak fried prawn spaghetti jer and sotong goring tepung wow sedap nya rasa nak telan air liur ni hahaha.. kena Tanya husband dulu kalau ok kita boleh proceed masak menu tu untuk petang ni berbuka yeah.