Bila bulan puasa ini mula lah fikir apa menu yang menarik untuk di masak kan.. setakat hari ni masuk ramadhan ke-10 el dan husband tak pernah lagi ke bazar ramadhan bukan nya apa kalau pergi ke bazar tu dah lah ramai orang lepas tu belum tentu makanan yang di beli tu sedap betul tak.. so lagi baik kita masak je kat rumah, simple-simple lagi sedap daripada membazir duit beli makanan kat bazar tu. Kebersihan makanan tu pun kita tak tahu yelah kalau tukang masak tu pembersih ok lah kalau pengotor conform lepas makan sakit perut macam ada kawan el tu.. dia makan petai sampai cirit-birit lah dibuat nya.. dah kena mc ehehe.
Hari Sabtu lepas husband el ajak balik kampung.. so el pun tak adalah balik dengan tangan kosong kan tak sedap lah pula, so el buat fruity jelly yang simple je dan curah susu cair atas nya dah sedap !! El tak ada masa hari sabtu tu sebab kena jaga kursus sebelah pagi nya. So tengah hari balik terus buat jelly tu dan sejukkan dalam peti sejuk.. bila petang tu dah keras la sikit kan dan terus balik kampung.
Tadaaaaa.. ini lah fruity jelly kita yang simple sangat. Bila nak makan then baru curah susu ideal tu tapi jangan lupa sejuk kan juga susu tu baru la sedap bila nak makan ehehe.
Ikan masak asam pedas my favourite !!
Paru goring berlada memang terbaik resepi ibu mertuaku huhuhu.
Kerabu manga senang je nak buat just letak manga, bawang, cili api, garam dan gula gaul rata dan simpan dalam peti sejuk.
Ayam masak merah ni favourite husband el kalau u all nak tahu.
Hari ni rasa macam jemu nak makan nasi.. hurmmm ingat nak masak fried prawn spaghetti jer and sotong goring tepung wow sedap nya rasa nak telan air liur ni hahaha.. kena Tanya husband dulu kalau ok kita boleh proceed masak menu tu untuk petang ni berbuka yeah.
No comments:
Post a Comment