el

el

Tuesday, August 25, 2015

Advance Birthday Surprise Nurul

El dengan nurul dah mula berkawan sejak bangku sekolah rendah lagi. Kami berkawan dari darjah 5 sampai lah sekolah menengah, kiranya usia persahabatan kami ni dah lebih dari 20 tahun. Biasa la walaupun duduk di kawasan subang jaya selepas tamat spm memang kitaorang dah tak ada jumpa ntah macam mana tiba-tiba kami berhubung semula dalam facebook dan terus contact lagi sampai sekarang. Sejak jumpa balik dengan nurul farhana ni kami jadi rapat, bila ada masa free kitaorang akan jumpa dan hangout. Setiap kali birthday mesti kita orang akan celebrate sama-sama dan buat surprise memang happening.

Kebetulan hujung bulan ni 26hb Ogos birthday nurul, el awal-awal lagi dah survey nak cari hadiah apalah untuk dia ni hahaha.. masa birthday el dia buat banyak surprise tau, beli kek, bagi banyak baloon and ada present lagi. Tak sedap hati rasanya kalau el tak ada bagi apa-apa pada dia kan. Beberapa minggu yang lepas el ajak husband pergi sunway pyramid saja jalan nak cari hadiah untuk my niece saufi and nurul my friend. Jumpa juga hadiah untuk si nurul ni hehehe.. el beli something from VS 'Victoria Secret' hari tu tengok ada one set dalam box body mist baru so el beli lah yang one set ada body mist, lotion and shower gel.

Semalam memang el amik cuti, so el decide untuk ajak nurul keluar saja teman jalan-jalan kat pyramid tengok-tengok barang sambil tu nak buat advance surprise birthday untuk dia. Memang dia tak tahu langsung dan terkejut bila kena hahaha.. el belanja dia makan kat TGI Fridays malam tadi. Sempat juga lah el lari jap beli hadiah kat Swarvoski, kawan el mariam yang duduk kat uk yang kirim suruh belikan gelang untuk nurul. Bila dia dapat hadiah dari kami, nurul terharu sangat sampai menitis lah air mata hihihi.. touching la tue.


 Birthday girl Nurul Farhana 26.08.2015


 Menu dinner kita orang malam tadi kat TGI Fridays




Happy birthday besties





 Birthday present from me and mariam




Seronok dapat hug dari birthday girl!! sweet sangat hehehe..

Moga persahabatan kita kekal hingga ke jannah insya Allah..aminnn

No comments:

Post a Comment