el

el

Wednesday, August 19, 2015

Organic Food For Endometriosis

Pada Oktober 2012 el pernah menjalani operation untuk remove endometriosis. Selepas operation adalah dalam setengah tahun followup untuk rawatan sis tu dan menjalani rawatan untuk kehamilan. Dah lama lepas tu el pun tak ada pergi jumpa doktor balik. Tapi dah lama kemudian bila period je el mesti rasa sakit dan selalunya bila period pinggang dan perut akan rasa cram. Sejak tahun ini tempat yang el operate tu mula rasa sakit berdenyut-denyut macam ada benda bengkak dalam perut sebelah kanan. Jadi el buat keputusan untuk pergi check balik cumanya kali ni dengan doktor pakar yang lain di hospital yang lain untuk dapatkan second opinion.

Sejak followup checkup dengan doktor pakar tentang endometriosis beberapa bulan yang lalu, el dah mula ambil makanan yang organic. Masa awal tahun hari tu tempat yang operate dulu mula rasa sakit jadi el berjumpa dengan doktor pakar sakit puan doktor siti mariam namanya dari hospital salam. Kalau tak silap el pergi berjumpa dengan dr. siti mariam pada awal bulan jun. 

Bila check dan scan memang sah doktor bagitahu yang sis el ada balik. Masa tu besar dia dalam 4cm lebih la. Jadi doktor suruh el pantang jangan makan ayam sebabnya ayam sekarang ni kebayakkan nye semua dah disuntik itu yang tak elok untuk dimakan. Kalau nak makan ayam katanya elok ambil ayam kampung ataupun ayam organic. Selain itu, dr. siti mariam ada bagi ubat untuk kecutkan sis tu.. pil berwarna putih kecil je daripada ektrak bunga daisy dia macam ubat homopati bahan-bahan yang oraganic lah.

Boleh dikatakan setiap bulan juga el kena pergi followup untuk check dan scan. El juga banyak survey dan google dekat internet untuk tahu lebih lanjut tentang makanan apa yang boleh dimakan dan yang tidak boleh dimakan. Ada baca dari blog orang yang menghidap penyakit sama macam el, ada artikel daripada Dr. Hamid Arshad iaitu doktor pakar sakit puan. Disebabkan setiap bulan el kena harungi kesakitan yang teramat sangat bila masa period el nekad untuk mencari cure bagi sakit el ni.

Banyak info-info yang berguna bila el survey kat internet. Ambil lah makanan yang organic. El pun dah mula bertukar barang-barang dapur macam beras el beli berasmati faezah, minyak pula el tukar guna olive oil, bila garam dah habis el tukar guna garam bukit himalaya yang warna pink tu dan bila gula pula habis el bertukar guna gula organic daripada tebu dia macam warna coklat memang tak ada bahan pengawet. Biasanya el dapatkan barang-barang organic ni dekat jaya grocery memang ada satu sudut tu ruang makanan organic so senang boleh dapatkan banyak barang di pasaraya ni.


Ini adalah gula organic daripada tebu tanpa bahan mengawet.



Daripada guna minyak yang biasa lagi bagus untuk kesihatan jika kita gunakan olive oil.



Garam bukit himalaya elok kata dr. siti mariam.


 Inilah garam yang el gunakan, garam himalaya.


 Ini pula gula yang el baru beli.


  Rupanya orang yang menghidap endometriosis ni banyak benda yang tak boleh makan. Di antaranya adalah makanan segera, makanan dalam tin, soya, daging, ayam, beras, roti, donut yang mengandungi yis, chocolate, cheese, mentega, desert-desert yang manis tu, susu pun tak boleh. Oleh disebabkan itu doktor syorkan untuk el amik vitamin C, E dan vitamin kalsium.

Baru bulan lepas el pergi checkup dan scan alhamdulillah dah mengecut sikit sis el daripada 4cm lebih dan sekarang dah kecut kepada 2cm lebih. Syukur kepada Allah S.W.T kerana diberi kekuatan dan kesabaran untuk mengharungi segala dugaan ini dan suami yang sentiasa sabar, memahami dan menjaga el ketika sakit. El sentiasa berdoa semoga sakit yang el alami ini berkurangan insya Allah.

Nanti hujung bulan ini el akan followup lagi dengan doktor siti, semoga mendapat berita gembira insya Allah.. doakan yang terbaik untuk el yea..






No comments:

Post a Comment