el

el

Sunday, July 6, 2014

Majlis Buka Puasa & Hari Lahir

Hari Jumaat yang lepas el dan kawan-kawan rancang untuk berbuka bersama sambil meraikan hari lahir kawan-kawan kami yang jatuh pada bulan puasa ini iaitu Nana, Shima dan Aein. Kami adalah buat kejutan sikit nak raikan hari lahir mereka tak tahu pun ahaha.. yang dia orang tahu ada kek jela tapi untuk orang lain.. dia orang tak tahu pun kek tu sebenarnya untuk mereka hehehe.

Kita orang berbuka di Restoran Ubi Kayu yang terletak berdekatan deretan kedai di One City. Kat sini memang ada pelbagai jenis lauk pauk.. western pun ada.. kuih muih tradisional semua ada dan makanan goreng yang panas-panas pun ada. El oder nasi goreng thai lebih kurang RM 8.00 dan air pun macam-macam jenis.. yang paling menarik nya ribena longan.. hurmmm yummy!!

Bila kami dah ramai-ramai ni memang riuh rendah lah dibuat nya.. yang gado-gado manja lah, yang berselfie la huahuahua. El rasa nak planning trip la untuk semua kawan-kawan kami ni.. mesti seronok. Dalam otak ni tengah nak planning pergi bercuti kat pulau-pulau ke macam pulau perhentian ke kan. Nanti el kena buat survey dulu tentang menginapan dan pakage yang ada.


 Dari kanan, Ct mia, Zana, Faten and Ermy.. komain lagi ermy senyum sampai tutup mate la ehehe..


 Dari kanan Aein, Shima, Kak Ina, Nana and Ain.



 Nana senyum lebaq naaa.. belated birthday girl khamis lepas, dia tak tahu tu yang kita orang nak celebrate birthday dia sekali.


 Hah budak dua orang ni asyik bergaduh je.. gado-gado manja gitew hahaha.. ct mia and zana.


 Ramai juga lah yang dapat berbuka puasa bersama-sama kita orang.. adalah dalam 16 orang macam tu.



 Acara meniup lilin.. comei jer muncung bibir aein sabitah tiup.. hehehe


 Shima senyum jer, tak sangka kita orang celebrate  birthday dia in advance bersama aein sabitah lah.




 Ini lah orang yang diraikan.. Nana 3hb July, Shima 13hb July dan Aein 24hb July. Semua birthday pada bulan puasa ni so we all celebrate sekali la.




 All my friend.. sayang dia orang semua..


 Best dapat berbuka ramai-ramai macam ni.. memang riuh rendah lah kalau planning jadi pergi holiday sama-sama mesti lagi hapening kannnn.. haaaaa







No comments:

Post a Comment